fbpx
Now Reading
Elak Tampal Wallpaper Pada Peti Ais – PDRM

Elak Tampal Wallpaper Pada Peti Ais – PDRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/2856531171023838

Tak dapat dinafikan penggunaan kertas dinding atau nama Inggerisnya wallpaper dalam seni dekorasi sangat membantu menaikkan seri rumah, lagi-lagi apabila anda bijak dalam memilih design dan warna yang sesuai untuk menonjolkan sesuatu kawasan atau ruangan.

Malah trend menggunakan wallpaper bukan setakat di situ sahaja. Kini, selain digunakan pada dinding, ia turut digunakan pada peralatan elektrik seperti peti ais. Malah semakin banyak portal dan blog hiasan dalam rumah yang mengajar bagaimana untuk memasang wallpaper pada peti ais secara DIY .

bahaya wallpaper pada peti ais

Namun tahukan anda trend menampal wallpaper pada peti ais sebenarnya lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan?

bahaya wallpaper pada peti ais
Diakui cantik namun banyak lagi banyak bahaya wallpaper pada peti ais . Gambar hiasan

Polis Diraja Malaysia melalui Facebook mereka turut menyarankan orang ramai untuk tidak mengikut trend berkenaan. Ini kerana selain dari haba pada peti ais yang tidak dapat dibebaskan dengan baik, tindakan ini juga akan mengurangkan keberkesanan dan mampu memendekkan jangka hayat peralatan elektrik itu tadi.

Yelah cuba anda sendiri dalam keadaan panas dibalut dengan sesuatu kertas dalam suatu tempoh yang lama. Hehe.

Namun itu semua hanyalah risiko sampingan, yang paling penting ialah bagi mengurangkan risiko kebakaran. Material kertas dinding yang digunakan kebanyakannya adalah dari jenis yang mudah terbakar, bayangkan terjadi sebarang litar pintas pada peralatan elektrik yang dibalut dengan kertas tersebut?

Mesti terbakar bukan?

Tak salah nak cantik, tapi pastikan ianya selamat dan tidak mengundang bahaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.