fbpx
Now Reading
Ibu Biadap! Paksa Guru Merangkak [Video]

Ibu Biadap! Paksa Guru Merangkak [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sangat tidak bermoral dan menyedihkan apabila seorang guru bergelar ustazah dipercayai dari sebuah sekolah agama dipaksa untuk merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.

Tidak cukup dengan itu sahaja, wanita berkenaan turut bertindak merakamkan kejadian memalukan itu.

Kisah ini menarik perhatian netizen selepas rakaman video kejadian berdurasi dua minit 17 saat tular di laman sosial selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook, Asmadi As-Ad Dimasyiqi yang dilihat begitu marah dan kesal dengan perkara berkenaan

“Cukup kurang ajar, sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu.

“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja untuk uruskan kelas, uruskan kerenah anak-anak murid,” tulisnya sebagai kapsyen

Menerusi video itu, dapat didengari suara seorang wanita yang dipercayai ibu murid berkenaan (pelaku) menerjah masuk ke kelas untuk bersemuka dengan ustazah terbabit.

Namun sebaik sahaja dia melangkah ke kelas, ustazah berkenaan tanpa menunggu lama kemudian dilihat terus merangkak berkemungkinan takut atau panik, diikuti beberapa orang anak muridnya sambil disaksikan oleh seluruh kelas dan juga seorang rakan guru.

Si ibu berkenaan melalui percakapannya bagaimanapun kedengaran masih tidak berpuas hati kerana ada murid yang ikut merangkak sama.

Klip video berkenaan menyebabkan rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan ibu murid terbabit yang disifatkan ‘kurang ajar’ dan biadap.

Memetik Harian Metro, setakat ini tiada maklumat terperinci mengenai lokasi dan waktu kejadian, memandangkan pemilik akaun berkenaan masih belum membalas mesej yang dikirimkan pihak mereka dalam mengetahui lebih lanjut mengenai insiden terbabit.

Saksikan video tersebut di bawah :

Cukup kurang ajar …sbg parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia..Haramkan setitik doa dan ilmu utk ankmu….Mana jabatan pendidikan malaysia,sila ambk tindakn buat insan bodoh ini…Kalau awak sndiri rasa tersangat hebat sila ambk masa seminggu handle shj utk handle kelas handle kerenah ank2 murid..

Posted by Asmahadi As Ad-Dimasyiqi on Monday, February 24, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.