fbpx
Now Reading
Salun Melawati Mall Di Tutup, Jalankan Pembersihan Ekoran Dikunjungi Seorang Pelanggan Positif Covid-19

Salun Melawati Mall Di Tutup, Jalankan Pembersihan Ekoran Dikunjungi Seorang Pelanggan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/fizul.razalan/posts/3424826354200313https://www.facebook.com/asaloon/posts/10159575914589746https://www.facebook.com/MelawatiMallOfficial/posts/2639302866291053

Penularan COVID-19 dilihat semakin membimbangkan bukan sahaja di luar negara malahan di negara kita. Menurut maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ,setakat ini sudah 129 orang di negara kita yang disahkan positif dengan 25 mereka sudah sembuh sepenuhnya.

Terbaru menerusi beberapa posting yang tular di Facebook memaklumkan salah seorang pelanggan di sebuah pusat beli belah, di Kuala Lumpur positif COVID-19.

Lebih memeranjatkan individu yang positif COVID-19 itu dikatakan sempat mendandan rambut di sebuah premis andanan rambut, A-Saloon yang terletak di Melawati Mall.

Mengesahkan perkara berkenaan, A-saloon menerusi Facebook memaklumkan bahawa pada 2 Mac lalu, terdapat seorang pelanggan yang disahkan dijangkiti COVID-19 telah mengunjungi pusat berkenaan.

Susulan dari itu pihak mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup cawangan tersebut bagi melakukan pembersihan semula

Premis Dikuarantin Sementara.

Dalam pada itu pengurusan Melawati Mall menerusi Facebook mereka turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara terbabit yang berlaku di salah satu premis di dalam pusat beli belah mereka.

Tambah mereka lagi sebagai langkah keselamatan pihak mereka sedang menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi sedang dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.