fbpx
Now Reading
“Allah Maha Mengetahui” -Lelaki Pulangkan Duit BPN ‘Tersalah Masuk’ Dipuji Netizen

“Allah Maha Mengetahui” -Lelaki Pulangkan Duit BPN ‘Tersalah Masuk’ Dipuji Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217058806042949&set=a.1241626241412&type=3

Kerajaan pada Isnin lalu telah pun mula membayar wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi memudahkan golongan yang memerlukan susulan dari wabak Covid-19 yang sedang mengganas di seluruh dunia

Namun kerajaan dilihat bersikap adil apabila memilih untuk memberikan wang berkenaan kepada golongan pertengahan memandangkan mereka juga turut terjejas kali ini dimana pemilihan dan tapisan dilakukan menerusi sistem online LHDN

Namun disebabkan ‘ralat pada sistem’ lelaki ini Rinikan Razali, memilih untuk memulangkan kembali wang BPN sebanyak RM1000 yang ‘tersalah masuk’ ke akaunnya kerana dia berpegang pada prinsip yang wang bantuan tersebut seharusnya sampai kepada golongan yang lebih memerlukan.

Memulangkan Hak Pada Tempatnya

“Rata-rata (golongan) B40 ada yang masih tak dapat. Maka bagi yang tersalah terima, pulangkanlah ia. Kesian dekat Makcik Bedah, Pak Leh Lemang, Kiai Dolah, Kak Joyah dan sebagainya di kampung-kampung” tulisnya di Facebook

Allah Maha Mengetahui

Menurutnya walaupun sistem BPN ini canggih dan mampu mengenalpasti mereka yang layak, namun ianya telah tersilap dan memilih dirinya memandangkan dia sedang melakukan pembetulan bagi penyata LHDN tahun sebelumnya.

Sistem online ni, hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni, disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak. Jadi free lah dapat BPN… maka dalam konteks ni kena realistik:-
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? Tapi…Allah Maha Mengetahui
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu! Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut untuk LHDN agihkan semula kepada yang berhak.

Dia dalam masa turut berkongsi cara-cara memulangkan wang terbabit seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan

Cara-caranya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF

Dia juga turut meningatkan orang ramai untuk tidak menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memandangkan ini hanyalah ralat sistem apatah lagi ianya dilakukan dalam masa pantas untuk membantu orang ramai.

“Jgn marah LHDN,ralat sistem normal la..benda kalut kadang2 ada mistake. So,bantu mereka sama” tulisnya lagi

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen di mana-mana rata mereka memuji sikapnya yang prihatin pada golongan yang sudah dan dalam masa sama berlaku jujur.

Ramai juga yang mengambil kesempatan mendoakan dia dimurahkan rezeki atas sikap amanahnya itu dan berharap ramai lagi akan bertindak sama sepertinya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.