fbpx
Now Reading
Diarah Keluar Cari Makanan Tapi Balik Bawa Isteri

Diarah Keluar Cari Makanan Tapi Balik Bawa Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dari Utara India baru-baru ini menjadi topik hangat di sana selepas kisahnya yang membawa balik seorang isteri sedangkan dia keluar untuk membeli makanan .

Guddu, 16 dari Ghaziabad, Uttar Pradesh pada mulanya diarahkan untuk mencari makanan keperluan di kedai berhampiran oleh ibunya

Namun ketika pulang dia mengejutkan ibunya kerana membawa membawa seorang isteri. Ibunya bagaimanapun menjadi berang dan bertindak menghalangnya dari memasuki rumah.

Ibunya kemudian bertindak membuat aduan di sebuah balai polis berhampiran. Sewaktu siasatan dilakukan Guddu mengakui yang dia sudah berkahwin secara senyap-senyap.

“Saya mengarahkan anak saya keluar untuk membeli barangan keperluan, namun sewaktu pulang, dia turut membawa seorang isteri. Saya belum bersedia untuk menerima perkahwinan ini, “tangis si ibu kepada pemberita.

Difahamkan Guddu bertindak mengahwini isterinya, Savita dua bulan lalu di sebuah kuil di Haridwar. Namun mereka gagal mendapatkan surat nikah susulan kerajaan India mengistiharkan perintah berkurung dalam menangani wabak Covid-19 sekaligus menghalang pasangan ini dari tinggal bersama.

“Kami tidak dapat memperoleh surat nikah pada masa itu kerana kekurangan saksi. Saya memutuskan untuk datang semula ke Haridwar, tetapi terhalang kerana lokasinya yang agak jauh,” jelas lelak ini.

“Hari ini saya memutuskan untuk membawa Savita pulang ke rumah ibu setelah dia diusir dari rumah sewanya di New Delhi,” sambung Guddu.

“Kami tidak dapat memperoleh surat nikah pada masa itu kerana kekurangan saksi. Saya memutuskan untuk datang semula ke Haridwar, tetapi terhalang kerana lokasinya yang agak jauh,” jelas lelaki berusia 26 tahun itu lagi kepada pemberita.

“Hari ini saya memutuskan untuk membawa Savita pulang ke rumah ibu saya. Tambah lagi, Savita juga telah diusir dari kediamannya di New Delhi,” sambung Guddu.

Namun ibunya tetap berkeras dengan tidak membenarkan kedua mereka tinggal di rumahnya. Pihak polis kemudiannya meminta pemilik kediaman Savita di Delhi untuk membenarkan pasangan ini tinggal di sana.

Grocery ke sath bahu free

Mother sent son to buy grocery, he returned with a bride. Mom didn’t allow them to enter the house, took them to police station. Couple has no proof that they got married. The priest who got them married told them he can give a certificate only after the lockdown.

Posted by Growing INDIA on Wednesday, 29 April 2020

Foto : ANINewsUP


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.