fbpx
Now Reading
Kenali Sugu Pavithra, Tambat Hati Rakyat Malaysia Di Youtube, Kini ‘Gaji’ Di Bayar Google

Kenali Sugu Pavithra, Tambat Hati Rakyat Malaysia Di Youtube, Kini ‘Gaji’ Di Bayar Google

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata Bill Gates, “Content is King” Perkara ini dibuktikan ‘Sugu Pavithra’, pasangan suami isteri dari Buntong, Ipoh yang berjaya meraih jumlah tontonan dan subscriber yang begitu tinggi walaupun baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia Youtube

S Pavithra dan suaminya M. Sugu yang kini sudah berstatus ‘rakan Youtube’ banyak berkongsi video-video resepi dan cara masakan di saluran youtube miliknya dengan keseluruhan jumlah tontonan menghampiri 7 juta views.

Tidak cukup dengan itu setakat ini sahaja dia juga mempunyai 191,000 subscriber aktif ; Satu angka yang begitu tinggi memandangkan mereka baru sahaja berkecimpung dalam dunia Youtube kurang sampai 6 bulan .

Menarik bukan?

Mendapat saranan rakan yang juga seorang Youtuber

Semuanya bermula selepas Pavithra yang fasih berbahasa melayu mengikut saranan rakannya agar membuka saluran sendiri di Youtube.

Dari situ dia dan suaminya mula berkongsi video-video resepi masakan kepada orang dengan resepi pertama yang dikongsikannya adalah ikan tilapia bakar.

Siapa sangka hasil dari video pertama sahaja mereka berjaya meraih 5,000 subscriber baru sehingga Youtube memilih untuk menjadi kan mereka ‘rakan Youtube’

“Menu pertama adalah ikan tilapia bakar dan saya tunjukkan cara-cara memasak dengan mengggunakan bahasa Melayu. Dalam masa empat hari sahaja seramai 5,000 telah mengikut akuan YouTube saya dan selepas itu telah dapat e-mel daripada YouTube untuk menjadi rakan,” katanya kepada portal Bernama

Menurut Pavithra sokongan dari orang ramai membuat kan dia dan suami terdorong untuk menghasilkan lebih video.

Pilih bahasa melayu biar rakyat Malaysia faham

Malah pada kami, strategi pasangan ini dalam menggunakan bahasa melayu sebagai medium perantara juga antara faktor yang menarik minat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk lebih mengenali pasangan ini dan masakan dari kaum India.

“Saya pandai cakap bahasa Melayu jadi tidak salah kalau saya buat video memasak dalam bahasa ini. Kalau saya cakap bahasa Tamil tidak semua faham, jadi saya pilih gunakan bahasa Melayu biar semua rakyat Malaysia boleh tengok dan faham.

“Paling menyeronokkan dan memberi semangat apabila ramai yang memberikan komen positif dan meminta saya teruskan usaha ini. Tidak kurang juga ada yang minta kami tunjukkan cara masak makanan India, ini sangat menyeronokkan,” katanya.

Hanya menggunakan telefon pintar

Satu yang menarik tentang pasangan ini, kebanyakan video yang dihasilkan kelihatan seperti dirakam menggunakan telefon pintar. Bahkan proses post editing nya juga dilihat simple namun semuanya ‘sampai’ dan mudah difahami penonton.

Alatan masakan juga minimal

Malah alatan masakan nya juga simple habis. Memetik dari laporan Bernama pasangan ini hanya beraksi dengan satu kuali, sudip dan dua periuk termasuk satu yang digunakan untuk memasak nasi.

Namun semua itu tidak menghalang orang ramai dari mengikutinya, bukan sahaja orang biasa malahan atlet bina badan negara antara yang mencuba resepi dikongsikan mereka.

Malah difahamkan seorang Youtuber terkenal dari Jepun, IChang RM juga ada mencuba resepi masakannya.

Selain dari video memasak, Pavithra berkongsi kepada umum aktiviti harian keluarga mereka seperti bercucuk tanam, aktiviti bersama anak dan pelbagai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.