fbpx
Now Reading
Aliff Aziz & Bella Bakal Timang Anak Perempuan

Aliff Aziz & Bella Bakal Timang Anak Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAIeqZcAXfS/

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah mengumumkan kepada orang ramai yang mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan Julai Depan

Perkara tersebut didedahkan pasangan berkenaan dalam satu siaran Instagram Live petang semalam.

“Little sister atau little brother? Saya masih tak tahu jantina anak kedua saya, sebab isteri merahsiakan hal itu.

“Jadi, hari ini kami akan dedahkan jantinanya,” kata Aliff sebelum bertindak memecahkan belom tersebut untuk mengetahui jantina bakal anak keduanya itu.

“Yeay, anak perempuan!” sorak Aliff diikuti jeritan girang keluarganya termasuk Aishah Aziz dan ibu bapanya yang kelihatan gembira dengan pengumuman tersebut.

Pasangan ini membuat pengumuman menggunakan IG Live dari akaun milik masing-masing memandangkan mereka berdua kini sedang berjauhan sejak pelaksanaan PKP.

“Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat,” kata Aliff lagi

Terdahulu Bella membuat pengakuan yang dia sudah merujuk kembali dengan Aliff selepa hampir setahun berpisah . Malah pengakuan Bella yang menyatakan dia sudah berbadan dua juga mengejutkan ramai pihak.

Apa-apa tahniah kami ucapkan kepada Bella dan Aliff! Buat Bella selamat menempuhi fasa kehamilan buat kali kedua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.