
Wanita Nekad Berhijab Selepas Mendengar Teguran Lantang PU Syed Kepada Golongan Selebriti
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda
Kebelakangan ini nama penceramah bebas, PU Syed kerap meniti di bibir netizen dan peminat dunia hiburan. Semua nya gara-gara teguran lantang penceramah ini ke atas beberapa selebriti tanah air dek aurat dan pakaian mereka yang disifatkannya melanggar syariat islam.
Namun tiada siapa menduga, di sebalik teguran tersebut kepada orang lain, ianya membuatkan seorang wanita nekad berhijrah dan mula mengenakan hijab
Menurut wanita itu lagi dia malu dan takut atas perbuatan lampaunya dan ingin berubah selepas mendengar teguran tersebut.

PU Syed atau nama betulnya Syed Moh Bakri Bin Syed Ishak berkongsi screenshot perbualan bersama wanita tersebut di laman Instagram miliknya
Dalam pada itu, penceramah bebas itu mengakui dia berasa terlalu gembira dengan penghijrahan wanita tersebut sedangkan tegurannya sebelum ini adalah untuk menegur pihak lain.

”Saya rase sangat gembira, walaupun beberapa teguran yang saya post adalah bertujuan untuk menegur pihak lain, namun cercaan dan hinaan yang saya terima.
“Rupa-rupanya Allah menjentik hati org lain untuk sedar dan ingin berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Alhamdulillah kita doakan saudari kita ini istiqamah untuk berubah, berkat Ramadan ini,” tulisnya sebagai kapsyen