fbpx
Now Reading
Tindakan Pelik Trump Buat Kilang Rugi, Terpaksa Buang Kit Ujian Swab Covid-19

Tindakan Pelik Trump Buat Kilang Rugi, Terpaksa Buang Kit Ujian Swab Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke sebuah kilang terkemuka dalam mengeluarkan kit ujian koronavirus, Puritan Medical Products di Gulford, Maine, mengundang kerugian kepada syarikat berkenaan.

Ianya ekoran tindakan Trump yang turun melawat kilang berkenaan tanpa mengenakan topeng serta pakaian perlindungan diri (PPE)

Tidak cukup dengan itu pemimpin nombor satu Amerika Syarikat itu turut dilihat ‘mencuba’ dengan memasukkan swab berkenaan ke dalam hidungnya.

 Kilang berkenaan kemudiannya bertindak membuang kesemua kit ujian Covid-19 yang dihasilkannya selepas Trump pulang dari lawatan tersebut

Semasa disana Trump turut menyebut :”Saya tidak patut beritahu kamu mengenai perkara ini, tetapi saya menggunakannya setiap hari.”

Meskipun tidak mendedahkan berapa banyak kit yang dibuang, jurucakap dari Puritan memberitahu portal USA Today pada sabtu bahawa kilang mereka menghasilkan pengeluaran terhad pada hari berkenaan.

Meskipun tidak diketahui mengapa, namum ramai merasakan pemilik-pemilik Puritan membuat keputusan demikian memandangkan mereka seperti sudah mengetahui yang Trump akan hadir tanpa mengenakan perlindungan seperti kebiasanya.

Puritan dijangka membuka satu lagi kilang pada bulan hadapan dengan saiz yang lebih besar dalam mengejar penghasilan 45 juta kit ujian koronavirus setiap bulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.