fbpx
Now Reading
Guna Nama ‘Bonda Sebelas’ , Youtuber Yang Juga Ibu Kepada 10 Anak Ini Kongsi Kisah Pilu Disebalik Pemilihan Nama
Bonda Sebelas

Guna Nama ‘Bonda Sebelas’ , Youtuber Yang Juga Ibu Kepada 10 Anak Ini Kongsi Kisah Pilu Disebalik Pemilihan Nama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah seorang wanita berusia 50 tahun yang baru bergelar Youtuber baru-baru ini telah menarik perhatian netizen.

Semuanya kerana kesungguhannya untuk berkongsi video memasak disaat usianya sudah mencecah separuh abad.

Azreen Abdul Aziz, 50 yang menggunakan nama ‘Bonda Sebelas’ bagi saluran Youtubenya, sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menjadi youtuber di usia sebegitu namun dia akur dengan kesungguhan anaknya yang ingin melihat wanita ini memuat naik rakaman videonya memasak di YouTube

Difahamkan dengan berbekalkan 5 video masakan dan akaun yang baru seminggu di daftarkan, Azreen telah meraih hampir 1,000 subscriber. Satu pencapaian yang agak mengagumkan!

“SAYA tidak pernah memasang impian menjadi YouTuber di usia begini, tetapi cuba berjinak-jinak demi memenuhi permintaan anak,” kata Azreen

Disokong oleh anak-anak yang membantu dari ‘scratch’

Tambahnya dia turut disokong oleh anak-anak yang bertindak membantu   dari segi rakaman, suntingan dan juga proses memuatnaik video ke YouTube.

“Kebetulan, semua anak ada di rumah sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi kebanyakan masa saya di dapur kerana menyediakan hidangan buat mereka.

“Ketika saya di dapur, mereka gemar mengambil gambar dan pada satu hari, mereka cadangkan saya untuk berkongsi cara memasak di YouTube.

“Mulanya saya tidak yakin untuk berbuat demikian kerana merasakan masakan saya tidak sehebat orang lain, tetapi akhir mencuba demi menuruti permintaan anak,” cerita Azreen kepada Hmetro.

Kisah di sebalik nama ‘bonda sebelas’

Namun pasti ada ada yang tertanya-tanya kenapa Azreen memilih nama Bonda sebelas sedangkan ibu tunggal ini hanya mempunyai 10 anak.

Sebenarnya wanita berstatus ibu tunggal ini mempunyai 11 orang anak. Namun anak sulungnya bersama suami meninggal dunia selepas terlibat dengan satu kemalangan lima tahun dahulu.

Foto via Hmetro

“Bonda Sebelas sebab saya ada 11 orang anak sebenarnya. Tapi anak sulung saya meninggal dunia bersama suami dalam satu kemalangan jalan raya lima tahun lepas.

“Masa tu anak saya ikut suami, ada kerja di Pulau Pinang dan kemalangan berlaku di lebuh raya di Tapah, Perak.

“Kalau arwah anak masih ada, umur dia dah 25 tahun ini. Sekarang saya ada tujuh anak lelaki dan tiga perempuan, umur sembilan hingga 24 tahun,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.