Now Reading
Trend Hias Pokok Lidah Jin Dalam Rumah Sebenarnya Bahayakan Kesihatan

Trend Hias Pokok Lidah Jin Dalam Rumah Sebenarnya Bahayakan Kesihatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/3278893148797553https://www.facebook.com/prnusm/posts/929935204118415

Kebelakangan ini viral dakwaan yang mengatakan pokok lidah jin atau turut dikenali sebagai pokok Lidah Mentua boleh membersihkan udara  dan memberi kesegaran kepada ruang rumah.

Ekoran dari itu pokok ini telah menjadi tanaman yang paling laris dijual di kedai-kedai tanaman atau Nursery.

Bagaimanapun Bernama melaporkan, pokok ini tidak sesuai disimpan di dalam rumah dan mempunyai kesan buruk terhadap manusia.

Seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim yang juga Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, meluahkan rasa bimbangnya dengan trend semasa yang menyimpan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata ini di dalam rumah lebih-lebih lagi didalam pasu berisi tanah kerana boleh membiakkan mikroorganisma.

Menurutnya ini kerana tanah merupakan lokasi kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” jelasnya

Namun menurut Dr Fatimah, terdapat alternatif lain bagi menggantikan tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah seperti tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.

Perkara sama turut dikongsikan Pusat Racun Negara sebelum ini di Facebook yang mengingatkan orang ramai tentang bahaya pokok tersebut terutamanya kepada kanak-kanak kerana mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.