fbpx
Now Reading
Kes Rampas Mayat Covid-19 Meningkat Di Indonesia Paksa Polis Berkawal Di Hospital [Video]

Kes Rampas Mayat Covid-19 Meningkat Di Indonesia Paksa Polis Berkawal Di Hospital [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat negara kita sedang menjalani fasa pemulihan susulan dari wabak Covid-19, perkara sebaliknya pula terjadi kepada negara jiran, Indonesia.

Mereka bukan sahaja bergelut dengan virus maut tersebut, malah kerajaan mereka kini terpaksa berhadapan dengan waris mangsa Covid-19 yang berang dengan peraturan baharu kerajaan sehingga bertindak melarikan mayat mangsa .

Difahamkan peraturan baharu di republik itu ketika ini memerlukan jenazah mangsa dibalut dengan plastik dan terus dikebumikan sebagai usaha mengurangkan penularan.

Malah keluarga mangsa juga tidak dibenarkan berhimpun atau tinggal lama di tanah perkuburan sewaktu mangsa dikebumikan sebagai langkah keselamatan tambahan.

Foto : Jawapos

Namun peraturan ini disambut dingin oleh waris keluarga terutama yang beragama Islam, kerana mereka tidak dapat memandikan dan mengkafankan jenazah sebelum pengebumian.

Justeru beberapa keluarga di Makassar, Sulawesi dilaporkan nekad memecah masuk ke rumah mayat dan mengambil mayat anggota keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19 untuk di mandi dan dikafankan pada minggu lalu

Rampas mayat secara paksa

Seorang jurucakap polis di sana, Ibrahim Tompo berkata ekoran dari penambahan kes berkenaan, polis Indonesia (POLRI) dengan kerjasama tentera kini menempatkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan.

“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.

“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” katanya.

Khabar angin memburukkan keadaaan

Lebih memburukkan keadaan apabil timbul khabar angin yang menyatakan terdapat mayat yang turut dijadualkan untuk dikebumikan dengan segera sedangkan tiada kaitan dengan virus maut tersebut

“Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan marah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil mayat secara paksa untuk dibawa ke rumah,” katanya.

Jumaat lalu media tempatan di Surabaya turut melaporkan kejadian hampir sama di mana polis telah menahan empat individu susulan insiden ‘rampasan mayat yang disyaki positif Covid-19 dari sebuah hospital disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.