fbpx
Now Reading
“Bila Nak Belanja Saya Makan Nasi Beriani Kambing” – PM Sakat Sugu Pavithra

“Bila Nak Belanja Saya Makan Nasi Beriani Kambing” – PM Sakat Sugu Pavithra

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sebelum ini tular kisah pasangan youtuber sensasi, Sugu Pavithra yang dihadiahkan peralatan kamera serta barangan dapur oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda sokongan kepada pasangan berkenaan.

Sebagai tanda terima kasih pasangan ini kemudiannya menjemput Tan Sri Muhyiddin untuk bertandang ke rumah mereka namun hajat mereka setakat ini belum lagi kesampaian .

Terbaru pasangan ini antara invididu yang bertuah apabila berpeluang berhubung dengan Perdana Menteri menerusi satu sidang video khas selaku penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin .

Sidang video Muhyiddin bersama penerima bantuan PRIHATIN, antaranya Sugu Pavithra[VERSI PENUH] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan PRIHATIN. Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyiddin ialah pasangan suami isteri YouTuber yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra'Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : "Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing."Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1851727

Posted by Bernama TV on Tuesday, June 16, 2020

Memetik Bernama Sugu Pavithra dan beberapa indivu lain telah bertemu secara ‘maya’ dengan Muhyiddin sewaktu beliau membuat lawatan kerja rasmi ke Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan.

Yang menariknya PM sempat berseloroh dengan bertanyakan kepada pasangan ini “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing?”

Jelas gembira dengan soalan tersebut Pavithra menjawab ” Bila Tan Sri bersedia kami akan masakkan untuk Tan Sri” disambut dengan gelak dari Perdana Menteri Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Kewangan dan KSN serta beberapa pegawai beliau.

Pavithra dalam masa sama turut berterima kasih atas inisiatif kerajaan dan mengakui bantuan BPN yang terima sedikit sebanyak meringankan beban terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menerusi video berkenaan kesemua penerima yang dihubungi di sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan pihak kerajaan atas bantuan yang diberikan kepada mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.