fbpx
Now Reading
Selepas Tular Bermalam Atas Pokok Untuk Jawab Exam, Veveonah Mosibin Dijemput Ke Istana Negeri

Selepas Tular Bermalam Atas Pokok Untuk Jawab Exam, Veveonah Mosibin Dijemput Ke Istana Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kisah mahasiswi Universiti Malaysia Sabah ,(UMS) Veveonah Mosibin yang tular kerana terpaksa bermalam di atas pokok hanya untuk menjawab soalan peperiksaan baru baru ini turut mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar.

Difahamkan Veveonah telah dijemput ke Istana Negeri untuk menerima sumbangan berupa wang tunai serta barang keperluan dari Yayasan Nur Jauhar yang disampaikan oleh penasihat mereka, isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Foto JPN Sabah

Menerusi laman Twitter rasmi mereka , Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JPN Sabah) telah berkongsi foto-foto sewaktu kunjungan Veveonah kepada orang ramai.

Foto JPN Sabah

Menerusi laporan Bernama, Veveonah yang hadir ke istana dengan ditemani kedua ibu bapanya menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pihak yayasan di atas keprihatinan mereka di atas sumbangan tersebut.

Menurutnya sumbangan iitu merupakan satu pembakar semangat kepadanya untuk terus maju dan berjaya dalam pelajaran

“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian. 

“Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang,” katanya.

Terdahulu selepas tular kisah Veveonah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan akan membina menara telekomunikasi di Kampung Bilangau Kecil, Pitas sebagai usaha menambah baik liputan dan kelajuan internet di kawasan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.