Now Reading
“Saya Nampak Orang Tua Muka Buruk..” – Lelaki Kongsi Kisah Seram Semasa Jalani Kuarantin Bersama Isteri Di Sebuah Hotel

“Saya Nampak Orang Tua Muka Buruk..” – Lelaki Kongsi Kisah Seram Semasa Jalani Kuarantin Bersama Isteri Di Sebuah Hotel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semoden mana pun anda, kami yakin pasi ramai dari anda bercaya kewujudan alam ghaib. Mesikipun ianya tidak sewenang-wenangnya dapat dilihat oleh manusia biasa namun semua itu tidak mustahil atas keizinan Maha Esa.

Namun buat pasangan ini, pengalaman mereka berdepan detik cemas diganggu ‘sesuatu’ sewaktu menjalani kuarantin 14 hari di sebuah hotel pasti akan diingati sampai bila-bila.

Menerusi Twitter, Syazwan Sanosi dan isterinya yang merupakan pasangan suami isteri yang mengajar di sebuah sekolah pedalaman di Kapit, Sarawak telah berkongsi kisah tersebut kepada orang ramai.

Menurut Syazwan, atas faktor keselamatan, kesemua guru yang berasal dari luar negeri Sarawak harus menjalani kuarantin 14 hari samada hotal atau pun di rumah sendiri sebelum dibenarkan kembali ke sekolah masing-masing.

Namun disebabkan faktor mereka yang menginap dan mengajar di sekolah yang agak jauh di pedalaman menyebabkan pasangan suami isteri ini diarahkan untuk menjalani kuarantin di sebuah hotel di pekan Sibu.

Sampailah hari ke-12

Semuanya berlalu seperti biasa menurut Syazwan sehinggalah hari ke-12 dimana bahu isterinya ditepuk sewaktu sedang berada di dalam tandas

Menurut Syazwan, insiden pertama tersebut berlaku di siang hari semasa isterinya sedang mandi sambil mencuci baju di dalam bilik air. Sedang khusyuk mencuci tiba-tiba bahunya ditepuk.

Menyangkakan Syazwan yang menganggunya mencuci, si isteri kemudian bergegas keluar bilik dan baru menyedari suaminya sedang lena tidur di atas katil.

Terjumpa rambut panjang beruban

“Time ni aku tak ambik port lagi. Sampaila makan tgahari, aku dgn bini aku ni santai, bersila dkat dpan tv. Tiba2 bini aku cakap, eh rambut siapa beruban panjanggg nii.. “

“Aku masa ni dh tgk dia something haha. Sebab bini aku ni jenis jarang nk tegur2 tak tentu hala. Aku dh syak mcm ade benda tak kena. Aku ade tanya dia “knape syg?” Dia jawab “bukan sekarang”.

“Kami tak ambil tempat kau, kami tumpang je”

Merek kemudian meneruskan hari mereka sehinggalah selesai solat maghrib diikuti bacaan yasin.

Usai membaca surah tersebut, si isteri bercakap sendirian : Kami tak ambik tempat kau, kami tumpang je”

Tidak mempedulikan isterinya, si suami kemudiannya terlelap selepas menonton rancangan di TV tanpa mengetahui keresahan isterinya. Dia hanya tersedar selepas perantinya berbunyi selepas menerima mesej yang dihantar isteri yang berada di sebelah.

Aku tengok fon, bini aku msg wey haha. Aku rasa cam lawak laa ape benda mesej laki sendiri even sebelah-sebelah. Aku buka, then baca msg bini aku : “Abang, sayang nampak orang tua muka buruk dekat penjuru bilik”..

Hari ke-13 pasang surah Quran dari pagi sampai ke lewat malam

“Jadi kesimpulan dia, saya anggap saya ‘benda’ tu sekadar nak munculkan diri sebab nak beritahu yang kami berdua sudah masuk kawasan dia. 

“Mungkin dia tak suka kami solat, ngaji semua tempat dia,” ujarnya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.