fbpx
Now Reading
Pelik Orang Perlekeh & Tanya ‘Siapa Soloz?’, Pemuda Ini Beri Sebab Kenapa Soloz Menjadi Streamer No 1 Malaysia

Pelik Orang Perlekeh & Tanya ‘Siapa Soloz?’, Pemuda Ini Beri Sebab Kenapa Soloz Menjadi Streamer No 1 Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/BpMQvbblIFB/https://www.facebook.com/MalaysiaBookRecords/photos/a.1686152558265916/2578849848996178/?type=3https://www.instagram.com/p/BtIyr5Zl8y_/https://www.instagram.com/p/Bz28ONnJtcs/

Nama streamer terkenal Malaysia, Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria menjadi perbualan di kalangan netizen selepas dia menamatkan zaman bujangnya beberapa hari lalu.

Malah ramai pengikutnya dan peminat dunia e-sport turut bergurau adakah atlet e-sport paling ramai pengikut di Malaysia ini akan menukar namanya dari Soloz menjadi Duos(duo) mahupun Takenz(taken) selepas berumahtangga.

Namun disebalik ucapan tahniah dan senda gurau netizen mengenai status namanya nya dan rancangan kerjayanya selakunya streamer/gamer selepas berkahwin, terkeluar pertanyaan dari beberapa individu yang mengajukan soalan ‘siapakah soloz ?’

Buat pengguna Facebook ini, Mohd Zailee yang juga seorang guru, dia berpendapat mungkin ada segelintir yang benar-benar tidak mengetahui siapakah Soloz, namun yang mencuri tumpuannya adalah segelintir mereka yang dilihat sengaja berpura-pura tidak mengenalinya, berkemungkinan hanya kerana ini memperlekehkan kerjaya mereka di dalam industri E-sport ini.

Sebagai seorang yang aktif bermain permainan video game dan sentiasa mengikuti perkembangan Soloz dan dunia e-sport di Malaysia dan dunia, Zailee tampil berkongsi kenapa Soloz berjaya sehingga ke tahap ini dan impiannya agar Malaysia bakal melahirkan lebih ramai pencipta dan pemain game yang hebat di dunia.

Ikuti perkongsikan Zailee di bawah :

Dua hari lepas Soloz kahwin. Ramai yang buat-buat tanya siapa Soloz ni. Ada yang betul-betul tak kenal. Ada yang buat-buat tak kenal.

Yang buat-buat tak kenal ni mungkin sebab nak perlekeh bidang kerjaya Soloz yang kerjanya main game 24 jam. Mungkin sebab kerja main game ni tak adventurous, tak guna kudrat, dan tak perlu ke lapangan sama macam kerja-kerja konvensional. Jadinya, kenalah pandang lekeh. Barulah nampak power. Kita kan kenal orang kita macam mana. Kena perlekeh orang untuk up diri sendiri.

E-sukan di negara barat bukan perkara baru

Zaman aku belajar dulu, aku ada tengok kawan main Dota atau nama penuhnya Defense of The Ancient. Bebudak Cina paling ramai main benda ni. Usung laptop dengan LAN kabel tu merata. Dari bilik ke bilik. Lepas tu kumpul ramai-ramai dan lawan sama sendiri. Dari malam sampai la ke pagi. Pergi kelas mata lebam-lebam.

Lepas tu aku dapat tahu game Dota ni dijadikan salah satu permainan E-Sukan. Ada tournament, ada hadiah dengan nilai besar hingga jutaan USD. Bila aku korek-korek guna internet kolej, aku dapati E-Sukan di negara Barat tu bukan sesuatu yang baru. Aku teringat kecik-kecik dulu pernah keluar tv pertandingan Tetris. Itu bapak segala ESport.

Mulai tahun 1996 di Jepun dan Las Vegas, setiap tahun dianjurkan tournament game lawan-lawan. Benda tu namanya Evolution Championship Series atau dikenali sebagai Evo sahaja. Benda tu Jepun yang buat sebab game yang bertanding tu mostly game Jepun. Ada Street Fighter, King of Fighters, Tekken, Mortal Kombat, dan banyak lagi. So benda ni dah lama.

Dia tidak mencarut

Aku pun follow Soloz juga. Selalu buka video Soloz di Youtube dan Facebook. Aku suka cara Soloz sebab dia tak mencarut. Budak-budak ramai follow dia. Kalau Soloz kalah, dia tidak akan jerit dan memaki hamun.

Wakil malaysia dalam Mobile Legends

Aku dapat tahu Soloz ni pernah wakili Malaysia dalam game Mobile Legends. Tournament tu namanya Mobile Legends Professional League (MPL) musim kedua pada 2018. Soloz dengan pasukan Soloz iaitu Air Asian Saiyan dapat tempat keempat. Kalah.

Akan tetapi, tidak apa sebab masa tu yang menang ialah Saiyan Reborn iaitu pasukan dari Malaysia juga. Soloz dapat anugerah Pemain Paling Berharga (MVP) musim itu.

Lepas tu aku tak tahu dah penglibatan Soloz dengan ESport. Yang aku tahu sejak tu dia sangat aktif jadi streamers. Setiap kali buat live, view berpuluh-puluh ribu. Dekat section Facebook Gaming tu memang sentiasa trending nombor 1. Lepas tu bila dia reupload dekat Youtube, paling bodo pun dapat la 400k view. Itu pun tak sampai seminggu. Selain tu ada juga jual merchandise macam hoodie jenama dia tu.

Hasilnya Soloz boleh menyara hidup, beli kereta mahal, dan akhirnya kawin.

Adakah aku sokong Soloz? Ya. Ada beberapa sebab.

Tak perlu kontroversi mengarut

Soloz ni bukti kita orang Malaysia pun boleh berjaya dalam bidang video game dan streaming. Boleh berjaya tanpa kena cetus kontroversi bodoh dan tanpa kena maki hamun orang lain nak acah savage serupa sesetengah streamers. Dia rilekssss.

Soloz ni humble. Rendah diri. Ada peminat gelarkan dia ni “Mat Bual” sebab cara dia borak masa stream tu macam kawan-kawan kita yang kelakar. Dia cakap benda macam sombong, tapi kita tau dia cakap tu dengan tak serius.

Soloz sentiasa sokong komuniti streamers di Malaysia

Soloz ni pemurah. Ada satu video ni dia buka stream orang lain yang takde view. Lepas tu dia donate star. 1000 hingga 2000 star jugaklah dia bagi setiap sorang. Sebabnya dia nak support dan promote komuniti streamers Malaysia ni. Bukan nak berjaya sorang-sorang.

Ni paling penting. Soloz buat aku percaya anak Melayu pun boleh berjaya dalam bidang ni kalau kena cara dan sokongan. Dedulu keluar team Fnatic menang tournament Dota, aku tengok ramai yang bukan Melayu jadi ahli. Sejak tu aku macam tak percaya orang Melayu pun boleh jadi macam tu.

Aku main Assassin’s Creed dengan Final Fantasy, aku tengok ada anak Melayu yang terlibat sama jadi developer untuk game tu. Aku fikir, sampai situ je kot paling jauh anak Melayu boleh buat dalam bidang gaming ni. Bab teknikal je. Aku silap.

Lepas keluar si Soloz ni, aku ubah pandangan aku. Kita juga boleh. Soloz dah buktikan. Dia ni lebih kurang dengan Arslan Ash yang aku cerita dekat atas tu. Meletakkan Malaysia dalam peta Esport dan game streaming. Sekarang ni Team Yoodo Gank pulak tengah berhempas pulas nak bawa nama Malaysia dalam game PUBG Mobile. Sokonglah mereka.

5. Kita ada Soloz untuk wakili kita bila orang luar berbangga dengan streamers mereka. Indonesia bangga dengan Jess No Limit, Lemon, Donkey, etc. Kita ada Soloz, Fredo, Logan, Penjahat, Master Ramen, etc yang tidak kurang hebatnya juga.

Ramai muridnya bercita-cita menjadi gamer

Murid aku di sekolah, ramai yang nak jadi gamers, nak jadi streamers. Aku okey saja. Tapi aku beritahu cabaran yang ada dalam bidang ni agar mereka fikir panjang-panjang. Lebih baik fokus kepada akademik dulu.

Contohnya semalam dan hari ni ada tournament Mobile Legend peringkat KL. Jabatan Pelajaran KL yang anjur. Format sama macam sukan lain iaitu under 18 dan under 15. Aku hantar jugak team sekolah aku. Biar deme rasa sendiri macam mana kalau main dalam suasana kompetetif. Itu baru lawan sesama bebudak sekolah. Belum lagi lawan team yang ada sponsor, ada gear, dan ada sokongan ramai. Kalau dah tahu kenyataan dalam bidang ni, barulah deme fikir balik nak pilih jalan hidup yang macam mana.

Benda ni masih baru di Malaysia. Belum di tahap ultra kompetetif. Bolehlah cuba dapatkan cebisan kek tu. Cuma kita kena ingat. Viewers kita di Malaysia ni susah nak move on. Kalau dah stick dengan streamers tu, sampai bebila la tengok streamers tu. Nak kena kreatif untuk tarik viewers tu semua untuk tengok stream kita.

Misalnya page Rimau Gaming tu. Setiap kali stream game lumba motor, mesti ada sorang caster untuk mengulas permainan. Dah macam tengok game motor sebenar. Bagi aku, itu kreatif dan menarik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.