
Netizen Dakwa Instagram Akses Kamera Iphone Tanpa Pengetahuan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Heboh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendakwa Iphone miliknya yang menggunakan sistem operasi IOS 14 Beta telah mengesan aplikasi Instagram di dalam perantinya telah mengakses kamera secara senyap
Menurutnya, dia ketika kejadian hanya menggunakan instagram untuk menelusuri bahagian newsfeed sahaja
Casually browsing Instagram when suddenly the new iOS 14 camera/microphone indicator comes on. Then control panel ratted out the app behind it. This is going to change things. #iOS14 pic.twitter.com/EnTIRsqq3R
— KevDoy (@KevDoy) July 17, 2020
Namun menurut jurucakap instagram, kejadian tersebut hanyalah bug kecil dan pihak mereka ketika ini sedang membaikinya.
Dalam masa sama Instagram turut memberi jaminan bahawa aplikasi mereka hanya beroperasi berlandaskan kebenaran yang diberikan oleh pengguna mereka.
Kejadian tersebut dalam masa sama menaikkan rating IOS 14 yang cuba menawarkan fungsi keselamatan yang lebih menarik untuk penggunanya dimana ia akan memaklumkan pengguna Iphone sekiranya terdapat mana-mana app yang cuba mengakses mana-mana sensor yang terdapat pada peranti Apple seperti fungsi GPS, kamera juga mikrofon.
Percaya ataut tidak IOS 14 bukan sahaja berjaya mengesan kejadian tersebut, sebelum ini mereka sudah pun berjaya ‘mengantoikan’ dua lagi aplikasi popular iaitu TikTok dan Linkedin yang didapati cuba mengakses data-data sulit milik pengguna mereka tanpa pengetahuan.