
Kelihatan Ringkas & Minimalis, Harga Rumah Nobita Sebenarnya Bernilai RM2 Juta Di Dunia Nyata
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda membesar dengan animasi siri popular dari Jepun iaitu Doraemon.
Malah jika lagu temanya dimainkan pasti ramai yang mampu mengikutnya walaupunya hanya sedikit membuktikan kartun ini merupakan satu fenomena di dalam negara.
Malah kami yakin bagi peminat Doraemon pasti anda semua familiar dengan kehidupan mereka terutama sikap Nobita, makanan kegemaran doraemon serta rumah mereka berdua.

Ianya sering digambarkan sebagai sebuah rumah dua tingkat yang ringkas , sederhana dengan konsep minimalis.
Namun tahukah anda, meskipun animasi ini sudah pun diterbitkan pada tahun 1962, namun hakikatnya rumah ini mmasih dianggap mahal pada zaman sekarang dengan nilainya sahaja mencecah ¥ 70 Juta iaitu bersamaan RM 2 Juta .
Perkara itu dikongsikan oleh seorang penulis novel Jepun, SOW, di akaun Twitter miliknya, @sow_LIBRA11.
Memetik Vocket, Sow telah membuat satu thread khas yang mengandungi pengiraan harga rumah yang terdapat di beberapa siri anime Jepun popular
で、続きましては七十年代の「普通の家」だった野比家。東京都練馬区の、2階建ての一軒家。こちら大幅に安くなり七千万です。それでもローン返済額は月20万。のび太のパパ十分高給取りです。ちなみに「借家じゃね?」と仰るかも知れませんが、その場合、平均相場から考えて、家賃推定16万です。 pic.twitter.com/uCnQBN46v4
— SOW@ぎぶみーじょぶ (@sow_LIBRA11) November 13, 2018
“Untuk tahun 70-an, rumah keluarga Nobi dianggap sebagai ‘rumah biasa’. Rumah dua tingkat yang terletak di Nerima Ward, Tokyo, yang harganya sekitar ¥ 70 juta. Jumlah pembayaran pinjaman adalah sekitar ¥200 ribu sebulan. Bapa Nobita tentu mempunyai gaji yang tinggi.
“Mungkin anda akan berkata, ‘bukankah mereka menyewa rumah itu?’ berdasarkan harga pasaran, rumah jenis ini mungkin disewa dengan harga ¥160 ribu [RM6,407],”kata SOW.

Selain Nobita penulis ini turut membuat pengiraan rumah keluarga Sazae-san yang sudah wujud pada tahun 1946 dengan harga mencecah ¥150 juta atau RM60 juta , diikuti rumah Usagi Tsukino, Sailor Moon, yang lebih mahal ¥450 juta atau RM18 juta.
Dia turut membuat anggaran rumah milik keluarga Nohara (ibu Shin chan) dimana harganya di sekitar ¥20 juta atau RM800,000.