fbpx
Now Reading
Ramai Keliru, Ini Tempat & Situasi Yang Mewajibkan Anda Memakai Pelitup Muka

Ramai Keliru, Ini Tempat & Situasi Yang Mewajibkan Anda Memakai Pelitup Muka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan pada 1 Ogos lalu telah mewajibkan semua orang didalam negara untuk mengenakan pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kenaikan kembali kes penularan wabak Covid-19 .

Penguatkuasaan ini sekaligus membolehkan individu yang melanggar arahan tersebut tu dikenakan denda RM1,000 .

Namun ramai masih keliuru mengenai situasi dan lokasi yang mewajibkan mereka untuk mengenakan pelitup muka kerana informasi yang mereka terima jelas mengelirukan selain timbul beberapa dakwaan di media sosial yang menyatakan terdapat individu di denda RM 1000 sedangkan hanya bersendirian mengisi minyak di petrol pam.

Jadi di bawah kami kongsikan lokasi dan situasi yang memerlukan anda untuk sentiasa memakai face mask yang seperti yang diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

  1. Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)
  2. Wajib pakai jika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.
  3. Wajib pakai jika memasuki pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.
  4. Wajib pakai jika berada dalam ruang tertutup yang bercampur orang ramai, seperti panggung wayang, lif, dan ruang seumpamanya
  5. Tidak diwajibkan memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali.
  6. Tiada tindakan saman akan dikenakan kepada pengguna yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.
  7. Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.
  8. Tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.