Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pendakwah bebas dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew, 36 hari ini telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.
Anugerah tersebut disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), pada petang Sabtu yang turut dihadiri Menteri Belia & Sukan, Dato Seri Rizal Merican
Menerusi Instagram Ustaz Ebit berkongsi perkara tersebut kepada orang ramai dan menyifatkan usaha nya kepada golongan belia hanyalah satu usaha kecil namun dalam masa sama sangat menghargai anugerah tersebut.
“Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang.
“Hari ini majlis bersama anak muda belia. Saya doakan semua anak muda terus menjadi pembimbing kepada Redha Allah. Bawa manusia kepada kasih sayang. Tiadalah yang lain hanya Redha Allah kita inginkan. Allah pemilik segalanya.
Beliau dalam masa sama turut berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan, yang menurutnya turut menyokong kerja amalnya.
“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin PM yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je. Terima kasih Menteri Belia dan sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan.
“Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini” kata Ustaz Ebit di Instagramnya.
Menerusi ruangan komen, semua netizen menyifatkan penganugerahan tersebut adalah tepat dan beliau adalah orang yang layak mendapat pengiktirafan berkenaan.
Ramai yang turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau.