“Dah Lama Sangat Kasi Muka” – Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam tular satu video seorang penunggang motosikal yang ditendang seorang anggota polis ketika membuat pusingan ‘U’ dengan melawan arus dalam cubaan melarikan diri dari menjalani pemeriksaan jalan raya.
Kejadian berkenan difahamkan berlaku di Jalan Temple, Sibu sewaktu polis sedang membuat pemeriksaan mengeut ‘Op Motorsikal’ sekitar jam 12.15 tengah hari.
Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.
Video berkenaan yang tular kemudiannya mendapat perhatian Polis Sarawak yang kemudiannya memaklumkan akan menyiasat anggota polis tersebut yang merupakan anggota dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akam mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Video ini kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat di kalangan netizen, dimana ada yang mempersoalkan tindakan anggota polis berkenaan namun majoritinya dilihat bersetuju dan menyokong tindakan anggota polis terbabit.
Jelas mereka penunngang motorsikal berkenaan seharusnya berhenti sewaktu ditahan, kerana kebiasaannya penjenayah sahaja yang akan melarikan diri dari penguatkuasa.
Dah lama terlembut dengan kaki lari roadblock ni
Yang sokong penunggang motor perangai mesti sama
Di Twitter pula, akaun March Forward yang kerap berkongsi topik ketenteranan dan kepolisian menjelaskan video berkenaan sepatutnya tidak menjadi isu besar.
Menurutnya kejadian berkenaan dinamakan ‘Minimum Use of Force’
Kecuali motor tu tak cuba nak lari then Polis tertiba tendang itu salah. Sbb polis time tu ada kuasa time buat roadblock tu
— Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@Marchfoward) August 25, 2020
Minimum Use Of Force ni kalau fight kat mahkamah pun PDRM dan ATM menang
Nanti kena rompak ke apa nanti. Jangan gelabah pula nak cari Polis pulak
— Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@Marchfoward) August 25, 2020
Tak semua Polis tu korup. PDRM dh dilatih di PULAPOL untuk setiap benda. How to face this and that. Diorang tak bodoh lah. Dh dhalah tu buat benci polis camni
Makin kritikal makin meningkat forcenya
Dan Minimum Use Of Force ni akan meningkat selari dengan keadaan. Makin kritikal makin meningkat Forcenya
— Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@Marchfoward) August 25, 2020
Jadi apa pendapat anda semua?