fbpx
Now Reading
Sehari Dilancarkan, Parodi Peluang Kedua Oleh Adik Naura Raih Lebih 100 Ribu Tontonan [Video]

Sehari Dilancarkan, Parodi Peluang Kedua Oleh Adik Naura Raih Lebih 100 Ribu Tontonan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gaya dan wajahnya yang seiras Neelofa membuatkan anak kecil ini begitu dikenali. Malah ianya turut diakui pengacara itu sendiri sewaktu menjemput Adik Naura sebagai tetamu di program hiburan Meletop

Sejak itu populariti Adik Naura atau nama betulnya Che Naura Ani semakin meningkat malah akaun media sosialnya jugak semakin meraih banyak pengikut yang gemarkan karakter dan celotehnya yang comel

Terbaru Adik Naura yang turut dikenali dengan panggilan Neelofa Jr bersama seorang lagi pelakon cilik Adam Ghadafi menjadi perhatian netizen apabila tampil menerusi satu parodi muzik video Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali.

Yang menariknya Adik Naura Boniey didalam parodi tersebut melakonkan kembali peranan Nabila manakala Adam Ghadafi membawa peranan MK K-Clique yang membuat penampilan khas di video muzik tersebut

Ramai yang memuji keletah mereka berdua terutamanya adik Naura yang dilihat begitu santai beraksi di depan kamera. Malah reaksi penonton rata-ratanya terhibur dan positif dengan parodi tersebut

Yang menariknya tidak sampai 24 jam dilancarkan parodi peluang kedua itu telah meraih lebih dari 100,000 tontonan.

Pujian juga harus diberikan kepada saluran Youtube Mask Team dimana hasil kerja dilihat hampir sama dengan MV asal. Jelas segalanya dibuat dengan dengan teliti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.