fbpx
Now Reading
Dari Bola Sepak Ke Bidang Radio, Safee Sali Jadi Penyampai ERA

Dari Bola Sepak Ke Bidang Radio, Safee Sali Jadi Penyampai ERA

Safee Sali akan mula ke udara mulai 12 Ogos ini bagi segmen Super Safee ERA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka tidak sampai beberapa bulan mengumumkan persaraan, lagenda dan bekas pemain bola sepak negara, Safee Sali bakal ke udara sebagai penyampai radio ERA.

Pengumuman tersebut dilakukan Pengurus Kandungan stesen itu, Hani Fadzil di majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 ERA yang berlangsung di Nu Sentral pada Jumaat, 4 Ogos.

Difahamkan bekas penyerang Harimau Malaya itu ditawarkan peranan sebagai personaliti jemputan bagi segmen ‘Super Safee ERA’ dan akan ke udara setiap Sabtu, jam 10 pagi bermula 12 Ogos.

Menerusi segmen itu, Safee akan berkongsi mengenai info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.

Safee Sali bersama Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil dan Muzik Eksekutif ERA, Ariff Mustaffa. Foto: BuzzKini

Dapat tawaran selepas bersara

Dalam pada itu, bekas personaliti sukan berusia 39 tahun itu ketika ditemu bual berkata pihaknya telah menerima tawaran tersebut selepas mengumumkan persaraan tempoh hari.

Dia bagaimanapun agak terkejut sebaik mendapat tawaran berkenaan memandangkan melompat ke bidang radio bukan dalam perancangannya. Malah dia menjelaskan mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan.

“Ia bukan dalam perancangan.

“Tawaran datang selepas persaraan. Saya pun terkejut selepas ERA panggil saya untuk berbincang selepas satu hari membuat pengumuman (bersara).

“Sudah tentu saya fikir dahulu sebelum terima tawaran. Banyak yang saya pertimbangkan (kerana) dari bidang sukan terjun ke radio,” kata Safee.

Menurut Safee lagi, beliau akan mengendalikan segmen tersebut seorang diri namun akan ditemani oleh tetamu jemputan bagi membincangkan pelbagai topik khususnya berkaitan sukan.

Pelbagai lagi segmen hujung minggu yang menarik

Selain Super Safee ERA, stesen radio tersebut akan tampil dengan beberapa lagi pembaharuan dalam segmen hujung minggu mereka termasuk Seram Sabtu ERA, Throwbaek ERA dan Sountrek ERA.

Secara ringkasnya, Seram Sabtu akan disampaikan oleh personaliti misteri mengenai kisah-kisah seram yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial manakala Throwbaek ERA adalah segmen yang akan memainkan lagu-lagu terbaik sekitar 90-an hingga 2000.

Soundtrek ERA pula merupakan segmen yang akan memainkan lagu OST (runut bunyi) terkenal dari filem dan drama tempatan serta antarabangsa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.