fbpx
Now Reading
Netizen Dakwa Gaji Bekas Penyampai Radio RM45,000, Ini Jawapan Linda Onn

Netizen Dakwa Gaji Bekas Penyampai Radio RM45,000, Ini Jawapan Linda Onn

Jelas Linda Onn, gaji yang diterima olehnya ketika menjadi penyampai radio tidak melebihi RM10,000 selain menjelaskan mungkin kerana zaman dahulu dan sekarang berbeza dari segi kualiti dan kehendak stesen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial apabila orang ramai mula membincangkan tentang gaji sebagai seorang penyampai radio.

Ada juga yang mengatakan kebanyakan penyampai radio ini diberikan gaji yang mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Netizen dakwa Linda Onn dapat gaji RM45,000 ketika jadi penyampai radio

Malah turut ada yang mendakwa antara penyampai radio yang menerima gaji yang tinggi adalah Salih Yaacob dan juga Linda Onn yang mendapat gaji sekitar RM45,000 semasa berkhidmat di sebuah stesen radio.

Individu itu juga menyatakan gaji itu juga bergantung kepada kontrak mereka dan sekiranya bekerja di stesen radio yang mempunyai rating tinggi maka kemungkinan gaji lumayan adalah tinggi.

Linda Onn nafi pernah dapat gaji sebanyak RM45,000 sebulan sebagai penyampai radio

Sedar diri menjadi bualan ramai, Linda Onn kemudian tampil dan menjelaskan dia tidak pernah mendapat gaji sebanyak itu sepanjang menjadi penyampai radio.

“Laa hangat dekat media sosial cerita pasal gaji penyampai radio pula? Perbincangan secara terbuka tu! Ingat malas nak campur tapi bila ada orang sebut nama kita, kita balas lah.

“Pandai-pandai je awak cakap gitu. Bestnyalah kalau betul dapat gaji macam tu,” ujar bekas penyampai radio itu.

Gaji tak sampai RM10,000 ketika jadi penyampai radio walau menangi anugerah dan nama ‘gah’

Menurut Linda dia tidak pernah mendapat gaji sebesar itu sepanjang penglibatannya menjadi penyampai radio meskipun dia pernah memenangi anugerah dan nama sedang ‘gah’ dalam dunia seni.

“Gaji tak adalah sampai RM10,000. Bertuah penyampai radio zaman sekarang, sampai cecah RM50,000, RM100,000, RM150,000.

“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu.. bestnya. Yelah kita faham juga mungkin penyampai radio zaman sekarang kualitinya berbeza, kehendak stesen pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu.

“Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio, lagilah berharga,” katanya lagi di Instagram.

Perlu lalui penilaian jika ingin gaji naik

Jelasnya lagi, pada zamannya dulu jika ingin gaji dinaikkan mereka perlu melalui penilaian dan lihat prestasi serta komitmen sebagai penyampai radio dan ia tidak mudah.

Ujar Linda mungkin ada yang mendapat gaji sebanyak itu pada zaman dahulu tetapi individu itu bukan dirinya. Malah hanya menerima apa yang diterimanya.

“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang.. Wow. MasyaAllah banyaknya!

“Kadang terfikir kenapa dulu Linda tak dapat macam tu ya? Itu maknanya sudah tertulis rezeki saya begitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebelun RM50,000, RM100,000 – RM150,000, tahniah,” katanya lagi.

Sebelum ini, isu mengenai gaji penyampai radio turut dibicarakan oleh seniwati, Fauziah Nawi yang menyifatkan ada penyampai radio yang memiliki gaji tinggi seperti RM150,000 sebulan.

“Ada yang RM150,000 sebulan. Ada yang lebih RM5,000-RM40,000 tu biasa untuk radio swasta. Radio kerajaan paling rendah,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.