fbpx
Now Reading
Padah Hina Rakyat Sabah, Cik Non Disiasat Polis

Padah Hina Rakyat Sabah, Cik Non Disiasat Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sebelum ini tular satu video seorang pengasas produk kosmetik yang dikenali dengan nama Cik Non dilihat bergaduh dengan pengalaman keselamatan hanya kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

Video tersebut menyebabkan dia di kecam hebat netizen kerana dilihat biadap dan langsung tidak menghormati tugas dan peranan pengawal keselamatan berkenaan yang menegurnya secara baik.

Terbaru dia sekali lagi menjadi topik perdebatan netizen selepas dia memuat naik satu kenyaaan berunsur hinaan kepada rakyat Sabah yang menurutnya penyebab Covid-19 meningkat.

Susulan dari kenyataan jeliknya itu, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat keatasnya.

Perkata itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang memaklumkan terdapat satu laporan polis yang dibuat ke atas pemilik akaun FB yang menggunakan nama Nor Shahada Aisyah.

Hasil dari laporan itu, polis sudah membuka kertas siasatan pemilik akaun terbabit engikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan,” katanya kepada Harian Metro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.