fbpx
Now Reading
Tindakan Anggota Polis Bantu Hantar Pelajar Ini Yang Lambat Ke Sekolah Raih Pujian Netizen

Tindakan Anggota Polis Bantu Hantar Pelajar Ini Yang Lambat Ke Sekolah Raih Pujian Netizen

Polis dan masyarakat berpisah tiada

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menerusi postingan yang dimuat naik oleh Aimad Azfar di Twitter, memaparkan seorang pelajar lelaki yang menaiki motosikal bersama seorang anggota polis menjadi viral sejak awal pagi, hari ini.

Dalam pada itu, pegawai polis tersebut merupakan Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah dari BPST, IPD Putrajaya.

Dia yang mengambil inisiatif dengan membonceng seorang pelajar lelaki yang terkandas dalam perjalanan ke sekolah dengan menghantarnya menaiki motosikal miliknya.

Menerusi postingannya itu, Aimad amat berterima kasih kepada pegawai polis tersebut kerana sanggup menghantar pelajar lelaki yang juga sepupunya itu ke sekolah bagi menduduki peperiksaan di sekolahnya itu.

Aimad berkata, ketika itu jalan yang dilalui oleh mereka telah disekat gara-gara kemalangan yang membabitkan sebuah lori tanah dan sebuah kenderaan kancil pada awal pagi tadi.

“Terima kasih banyak abang polis tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.

“Jalan blocked, ada accident, dia ada exam pukul 9 pagi. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya,” katanya menerusi satu postingan di akaun Twitter miliknya.

Tambah lagi, postingan yang dimuat naik oleh Aimad Azfar itu sudah mencapai 18,700 ribu tanda suka dan mendapat 17,500 ribu retweet mengenai postingan yang dibuatnya itu.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan murni pegawai polis berkenaan dan berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan penghargaan kepada anggota polis tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.