fbpx
Now Reading
Risau Keadaan Di Sabah, Ebit Lew Terbangkan Bantuan Perubatan Bantu Frontliners

Risau Keadaan Di Sabah, Ebit Lew Terbangkan Bantuan Perubatan Bantu Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, jika ditanya siapakah individu tidak berkepentingan yang dilihat paling banyak membantu orang yang memerlukan sewaktu penularan wabak Covod-19, semua orang pasti senada dengan menyebut Ustaz Ebit Lew.

Jelas segala usaha yang dilakukan pendakwah bebas ini dari hari ke sehari, begitu dihargai segenap lapisan masyarakat.

Terbaru Ustaz Ebit sekali lagi meraih perhatian masyarakt apabila beliau tampil menghulurkan alatan medikal untuk petugas kesihatan kita yang sedang ‘bertarung’ di Sabah.

Difahamkan untuk urusan tersebut, Ustaz Ebit telah menyewa pesawat kargo memandangkan ia merupakan satu-satunya jalan pantas untuk alatan tersebut tiba ke sana secepat mungkin

Perkara itu dikongsikan sendiri Ustaz Ebit menerusi satu hantaran di laman Facebooknya

Risau teramat sangat

“Doakan ye, risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya mintak bantu.

“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah” tulis Ustaz Ebit

Menerusi perkongsian sama ,beliau turut memaklumkan antara alatan perubatan yang diterbangkan adalah set PPE, Face Sheild, pelitup muka, dan pelindung kasut untuk keperluan kakitangan kesihatan di sana menggunakan perkhidmatan syarikat Raya Airways kargo.

“Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo ” tulis Ustaz Ebit lagi.

Beliau turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar penduduk Sabah dilindungi dan diselamatkan oleh Maha Pencipta.

Dijengah ke ruangan komen rata-rata memuji dan bersyukur di atas inisiatif dan keprihatinan Ustaz Ebit terhadap petugas kesihatan dan rakyat Sabah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.