fbpx
Now Reading
Dakwa Kos Perubatan Di Malaysia Mahal & ‘Kekurangan’, Dr Noor Hisham Bidas Kenyataan Audrey Teh

Dakwa Kos Perubatan Di Malaysia Mahal & ‘Kekurangan’, Dr Noor Hisham Bidas Kenyataan Audrey Teh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi kecoh media sosial mengenai sebuah artikel yang diterbitkan oleh sebuah laman web saintis iaitu Nature yang menemuramah seorang doktor dari Malaysia yang berpangkalan di London iaitu Audrey Teh

Kebiasaanya rakyat negara pasti akan berbangga apabila ada dikalangan kita yang mencipta nama di luar. Namun lain situasi bagi doktor ini apabila dia telah membuat satu kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia terutamanya pasukan perubatan .

Dakwa Malaysia tiada rawatan kesihatan negara dan kos perubatan tinggi

Ini kerana petikan ayatnya didalam artikel tersebut dilihat seolah menyifatkan negara kita tidak mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam atau dalam erti kata lain hospital di dalam negara seperti serba kekurangan.

Bukan itu sahaja pakar imunulogi molekul itu turut mendakwa ada keluarga yang sudah muflis hanya disebabkan bil perubatan seolah-olah bil hospital didalam negara meletakkan caj yang tinggi.

Ini nyata menaikkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya petugas kesihatan kerana dakwaan tersebut sememangnya tidak benar malah begitu merendah-rendahkan sistem kesihatan di dalam negara.

“Tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali”

Terbaru KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberikan respon balas mengenai artikel tersebut dengan menyatakan kandungan yang diterbitkan artikel berkenaan adalah tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali.

Menurut Dr Noor Hisham, negara kita telah mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) sejak tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan.

Malah baik penduduk di negara kita dan orang luar yang datang ke Malaysia boleh melihat negara kita memiliki pusat rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

“Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.

“Ini mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya,” katanya.

Tambah Dr Hisham lagi Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui yang perkhidmatan rawatan kesihatan yang disediakan Malaysia adalah berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.

“Dengan perkhidmatan kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat minimum,

“Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,” tambahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.