Now Reading
Dek Kerana Cuak Nak Renew Lesen, Gadis Ini Sampai Terlupa Tanggalkan Face Mask

Dek Kerana Cuak Nak Renew Lesen, Gadis Ini Sampai Terlupa Tanggalkan Face Mask

Jika anda ingat sebelum sewaktu pelaksanaan PKP, kerajaan menerusi Kementerian Pengankutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jlan ada memberikan pelepasan kepada orang ramai yang dari mempembaharui lesen memanduy mereka yang telah tamat tempoh.

Namun sebaik PKPB dilaksanakan bagi menggantikan PKP, sudah banyak kaunter JPJ yang sudah dibuka untuk memudahkan orang ramai menjalankan urusan mereka yang tertangguh sebelum ini.

Namun buat wanita ini, pengalamannya memperbaharui lesen memandu pada jun lalu pasti menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan selamanya buat Nurul Nabihah Aiman Asmad.

Dek kerana terlalu cuak, wanita ini telah melakukan beberapa kesilapan semasa mengambil gambar bagi urusan memperbaharui lesen memandunya.

Dan hasilnya pada lesen baharu tersebut,  Nurul Nabihah Aiman Asmadi dilihat masih mengenakan face mask miliknya di bawah dagunya.

Bukan itu sahaja, Nabihah turut terlupa untuk menanggalkan beg tangan yang sedang disadangnya sekaligus memperlihatkan tali beg tersebut di dalam foto berkenaan.

Perkara itu dikongsi kan Nabihah menerusi satu hantaran di laman Twitternya.

“Lesen PKP yalllll. Korang adeeeee keee” tulis gadis berkenaan sambil menambah beberapa emoji tangisan bersamanya

Jelasnya, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas ditegur pegawai JPJ yang bertugas. Dia bagaimanapun tidak mampu berkata apa-apa memandangkan lesen tersebut sudahpun siap di cetak dan sudahpun berada ditangannya.

See Also

Meskipun foto berkenaan akan kekal digunakan selama 3 tahun gadis ini bagaimanapun reda dan menganggap insiden itu sebagai satu pengalaman melucukan.

“Saya renew lesen tu tiga tahun pula tu. Kiranya nanti nak renew lepas tempoh tu saya nak pergi ambil gambar baharu lagi sekali. Buat masa ini saya pakai dulu lesen ni.

“Saya tak plan nak tukar baharu sebab malas nak pergi JPJ semula lagipun ramai orang. Nak kena beratur lama dalam tiga jam sebab kena ikut SOP. Last-last dapat lesen macam tu.

“Tak pelah saya anggap semua tu kenangan. Bila lagi nak ambil gambar pakai mask. Saya beritahu abah, abah pun gelak, ” katanya dalam nada berseloroh.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.