fbpx

Ustaz Ebit Lew Sediakan Bilik Penginapan Untuk Waris Pesakit Di IJN & HKL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat negara kita sedang dilanda wabak Covid-19 ini, ramai yang tak jemu turun bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti bekalan makanan atau pun keperluan asas yang lain.

Perkara sama juga sering dilakukan oleh pendakwah bebas dan ikon negara, Ustaz Ebit Lew. Beliau terlihat masih lagi meneruskan usahanya dalam membantu orang ramai yang kesusahan.

Kredit: BeautifulNara

Kini, beliau dikatakan telah menyediakan bilik penginapan secara percuma bagi waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan juga Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, penginapan tersebut akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa perlu mengira bangsa atau pun agama sekalipun.

Kredit: Instagram/@ebitlew

“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan IJN dan HKL.

“Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh menghubungi 011-70772380. Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung.

“Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagramnya.

Rata-rata perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai perkara itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang memuji tindakannya dalam usaha membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.

Kredit: Instagram/@ebitlew
Kredit: Instagram/@ebitlew

Tambah lagi, beliau sememangnya terkenal dengan sifatnya yang lembut dalam menyampaikan dakwah serta suka berderma selain membantu mereka tak kira dari bab kewangan mahupun keperluan asas.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ebit Lew, semoga Ustaz diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan usaha murninya ini. Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.