fbpx
Now Reading
“Saya Faham Kekangan Mereka” – Pelajar Mohon Maaf Selepas Tular Kisah Cikgu Mustakim

“Saya Faham Kekangan Mereka” – Pelajar Mohon Maaf Selepas Tular Kisah Cikgu Mustakim

Justeru bagi membantu dia menghantar modul pembelajaran di pondok sekolah untuk di ambil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular kisah seorang guru iaitu Cikgu Mustakim yang kecewa selepas kelas online yang dibuatnya tidak disertai mana-mana pelajar.

Ianya menjadi tular selepas anaknya, Nur Nuha Narisya berkongsi screenshot kelas dalam talian tersebut yang jelas memperlihatkan wajah sugul Cikgu Mustakim selepas tiada seorang pun pelajarnya yang tampil menyertai kelas berkenaan selepas menunggu selama lebih satu jam.

Namun dia bertukar ceria selepas Nur Nuha sendiri mendaftar masuk ke kelas tersebut dan lebih teruja selepas kelas online nya itu disertai ramai warga Twitter meskipun kesemua mereka bukan anak muridnya .

Kisah ini kemudian menjadi perhatian netizen dan orang ramai yang kecewa dengan tindakan murid-murid tersebut yang dilihat tidak menghormati dan menghargai usaha yang dilakukan oleh pendidik berpengalaman tersebut.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Cikgu Mustakim memaklumkan banyak anak muridnya yang memohon maaf dan berjanji akan hadir ke kelas dalam taliannya pada masa akan datang selepas kisah tersebut tular.

“Selepas tular baru-baru ini, ramai pelajar menghubungi saya memohon maaf dan berjanji hadir ke kelas saya pada masa akan datang,” katanya yang merupakan guru Mata Pelajaran Vokasinal (MPV) Seni Reka Tanda.

Cikgu Mustaqim yang menetap di Tanjung Karang, Selangor bagaimanpun mengakui pembelajaran secara dalam talian agak sukar dilaksanakan kerana rangkaian Internet di kawasan kampung tidak begitu baik.

“Banyak kekangan dihadapi pelajar seperti tidak mampu membeli data dan terpaksa berkongsi telefon pintar bersama adik-beradik,” katanya kepada Harian Metro.

Justeru bagi membantu murid-muridnya., pendidik ini mengambil alternatif tambahan dengan menghantar modul pembelajaran di pondok sekolah untuk di ambil oleh muridnya.

“Saya ada juga rasa kecewa kerana terdapat ibu bapa kurang prihatin dengan pembelajaran anak-anak terutama ketika terpaksa menggunakan cara dalam talian,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.