fbpx
Now Reading
Netizen Bayang Kedah Jadi Wakanda Selepas MB Umum Penemuan Mineral Bernilai RM62 Bilion

Netizen Bayang Kedah Jadi Wakanda Selepas MB Umum Penemuan Mineral Bernilai RM62 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/mohdyunuszaki/status/1334449881188982786https://twitter.com/M115U/status/1334424356965924866

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor baru-baru ini mengumumkan mengenai penemuan sumber mineral baru yang dianggarkan bernilai RM 62 Bilion di sana

Menurut beliau mineral jenis ‘rare earth elements’ (REE) dan tidak beradioaktif itu ditemui di Sik, UIu Muda di Baling, Kedah dan akan mula diterokai secara usahasama dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur .

“Majlis Tanah Negara yang bermesyuarat dua bulan lepas telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan,” katanya lagi pada sidang akbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman.

Meskipun pada mulanya tersilap dengan menganggarkan penemuan sumber mineral tersebut bernilai RM 43 Trilion sewaktu berada disana, Sanusi bagaimanapun kemudian membetulkannya kenyataannya menerusi satu posting di lama Facebook

“Kita telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baru di Kedah dan mineral ini mengikut kajian bernilai RM62 bilion tersimpan di bawah bumi kita,” jelas Muhammad Sanusi yang kemudiannya turut menerangkan bahawa angka yang diberinya terdahulu adalah anggaran untuk semua mineral yang tersimpan di seluruh negara.

RM43 trilion adalah anggaran untuk semua mineral yang tersimpan di bawah tanah seluruh negara,” catatnya di Facebook

Perkhabaran tersebut bagaimanapun sudah cukup membuatkan netizen menjadi teruja.

Jelas RM62 Bilion adalah satu angka yang cukup besar sehingga mereka mula berfantasi dan mengaitkan Kedah dengan negara fiksyen, Wakanda dari Superhero Marvel yang kaya-raya dengan hasil mineralnya, vibranium.

Malah ramai yang menggunakan hashtag #WakedahForever seolah memberikan nama baru buat negeri di utara Malaysia tersebut.

#Wakedahforever

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.