fbpx

2 Pelajar Tahun 5 Dari Serian, Sarawak Menang Anugerah Filem Antarabangsa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka dua pelajar tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian, Sarawak berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah di Festival de Cinema Escola de Alvorada’ (FECEA), Brazil baru-baru ini.

Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli yang menghasilkan filem animasi pendek bertajuk Batuh Bijanji memenangi anugerah ‘Best Film By Popular Jury’ bagi kategori sekolah rendah pada festival tersebut.

Tajuk ‘Batuh Bijanji’ yang dihasilkan dengan bimbingan dua cikgu sekolah itu iaitu, Cikgu Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi dan Cikgu Mohd Reduan Patah difahamkan bermaksu batu perjanjian di dalam Bahasa Bidayuh Serian.

Ianya menceritakan kisah dua sahabat Bibi dan Sarah yang mula menjalin persahabatan selepas Bibi bertemu dan memujuk Sarah yang berada di dalam kesedihan. 

Menerusi laporan Utusan Borneo, Cikgu Wan Zulfadli yang dihubungi menjelaskan anugerah yang dimenangi itu hasil undian dalam festival tersebut.

“Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah, dua murid yang terlibat dalam menghasilkan karya filem pendek animasi ini, Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa Mohd Zulfadhli juga gembira dengan kemenangan ini,” katanya kepada portal berkenaan.

Pembikinan filem selama 10 hari

Jelasnya filem pendek animasi itu mengambil masa 10 hari untuk disiapkan oleh kedua pelajar tersebut menggunakan teknik Rotoscoping yang dibimbing oleh beliau dan Cikgu Mohd Reduan.

“Projek pembikinan filem ini diadakan pada tahun lepas (2019) semasa dan selepas mengikuti bengkel animasi DISTA (Digital Storytelling Animation) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak (kini dikenali sebagai SSTP Sarawak), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang merupakan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah digital. 

Macres dan Nabiatul yang berjaya mengharumkan nama negara Foto Via Utusan Borneo

“Dua hari tempoh pembikinan berjalan sewaktu bengkel DiSTA 2019 Siri 1 di sebuah hotel di Kuching dan projek ini dibangunkan lapan hari lagi yang bersambung di sekolah, termasuk rakaman footages baharu,” jelasnya. 

Malah projek ini turut diselia Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian, yang turut dipantau penolong kanan kokurikulum Stanley Ngawah dan diluluskan guru besar Cleveland Raden.

Majlis penganugerahan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi ‘Google Meet’ pada 28 November lalu.

Bakal menerima insentif

Dalam pada itu Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong memaklumkan pihaknya akan memberikan insentif di atas pencapaian kedua murid tersebut

Meskipun tidak mengumumkan jenis insentif yang bakal diberikan Micael memaklumkan akan bertemu dengan kedua-dua murid terlebih dahulu untuk mengucapkan tahniah kepada sebelum mengumumkan bentuk insentif yang bakal diterima mereka.

“Saya akan bertemu dengan mereka dan akan menambah jumlah (wang) yang mereka menangi. Pencapaian mereka sangat besar, anugerah peringkat global dan signifikan untuk komuniti Bidayuh,” katanya dipetik dari Utusan Borneo.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.