fbpx
Now Reading
Instafamous Mohon Maaf Selepas Dikecam Hebat Kerana Gelar Petugas Kesihatan ‘Bit*h’

Instafamous Mohon Maaf Selepas Dikecam Hebat Kerana Gelar Petugas Kesihatan ‘Bit*h’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/haqeemhyzan/status/1338766373942558721

Sejak semalam tular satu video yang dimuat naik seorang personaliti media sosial yang mendakwa menerima servis yang kurang memuaskan dari seorang petugas kesihatan.

Difahamkan instafamous tersebut sewaktu kejadian sedang melakukan ujian saringan COVID-19 di sebuah pusat perubatan dipercayai di Tawau, Sabah.

Namun sebaik menjalani saringan, dia mendakwa jururawat yang mengambil sampel lendir dari bahagian hidungnya agar kasar sehingga menyebabkan dia terbersin berulang kali.

Lebih mengejutkan apabila dia menerusi video tersebut menggelar jururawat berkenaan dengan panggilan ‘bit*h’.

Malah menerusi video sama dia juga memaklumkan berhasrat untuk menyaman jururawat tersebut. Namun tidak lama kemudiannya wanita berkenaan dilihat memohon maaf.

Video tersebut bagaimanapun kemudiannya menimbulkan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan individu terbabit yang dilihat terlalu biadap kerana sanggup menggunakan bahasa sedemikian kepada petugas barisan hadapan.

Malah ramai merasakan isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana apa yang dirasakan instafamous tersebut adalalah sama dengan mereka yang lain kerana teknik yang digunakan untuk melakukan saringan adalah sama.

Tampil memohon maaf

Teruk dikecam, influencer berkenaan kemudiannya dilihat tampil dengan satu hantaran di laman Twitter miliknya juga di Instagram menjelaskan yang dia sudah bersua muka dengan dua jururawat tersebut dan sudah memohon maaf.

Jelasnya dia seharusnya lebih memahami keadaaan mereka yang sedang bertugas. Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada kesemua petugas barisan hadapan di atas kata-katanya yang keterlaluan.

Meskipun permohonan maaf sudah dikeluarkan, ada dari kalangan netizen terutamanya di Twitter yang merasakan permohonan maaf tidak cukup sebaliknya lelaki ini harus dikenakan tindakan sewajarnya.

Jadi apa pendapat anda semua? Kongsikan pada ruangan komen kami di FB ataupun instagram.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.