fbpx
Now Reading
Layan Permintaan Pelanggan, Pembuat Kek Ipoh Hasilkan Kek ‘Cicak & Lipas’ Nampak Realistik

Layan Permintaan Pelanggan, Pembuat Kek Ipoh Hasilkan Kek ‘Cicak & Lipas’ Nampak Realistik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau sebut je cicak dengan lipas pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang kan? Mana taknya 2 jenis ‘makhluk’ ini sangat terkenal dengan kemunculannya yang bikin orang tak keruan jadinya baik terjaga ataupun tidur.

Namun, siapa sangka pembuat kek dari Ipoh ini berjaya menggunakan kreativitinya dalam menghasilkan sebiji kek dihiasi dengan kedua-dua jenis serangga ini menarik perhatian ramai.

Pemilik kedai kek The Slice Ipoh Homebaker iaitu Ethan dan Irene Wong tiba-tiba tular di media sosial setelah mereka berkongsikan gambar keknya yang dihiasi dengan ‘cicak dan lipas’ yang boleh dimakan.

Kredit: Facebook/ The Slice Ipoh Homebaker

Menurut Ethan, dia mendapat permintaan dari seorang pelanggan yang memintanya untuk menghasilkan sebiji kek yang bertemakan cicak sempena hari jadi kakaknya itu. Pelanggan tersebut memintanya untuk berbuat demikian dek kerana kakaknya yang fobia terhadap haiwan terbabit menyebabkan ia mahu memberikan kejutan sebegitu rupa.

Bagi memenuhi keinginan pelanggannya itu, mereka dikatakan mengambil gambar haiwan berkenaan di sekeliling rumahnya sebagai inspirasi untuk kek tersebut supaya ianya kelihatan begitu realistik.

“Kami mahu kek tersebut kelihatan seperti simen supaya cicak-cicak nampak seperti sedang memanjat dinding,” katanya.

Kredit: Facebook/ The Slice Homebaker

Tak lama selepas itu, kakak kepada pelanggan berkenaan datang ke kedainya dengan memesan sebiji kek lagi sebagai tanda membalas dendam terhadap kek yang diberikan oleh adiknya itu. Bahkan, kakaknya meminta mereka untuk menghasilkan sebuah kek yang dipenuhi dengan serangga lipas pula! Aduh, ini betul-betul ‘balas dendam’ sebab dapat kek cicak tempoh hari ya.

Justeru itu, tanpa melengahkan masa Ethan dan Irene mula menghiasi kek tersebut dengan lapisan frosting coklat dan menambah hiasan penting ke dalamnya iaitu ‘lipas’ yang boleh dimakan yang kelihatan seperti keluar dari dalam kek tersebut.

Menerusi di ruangan komen di Facebook dan Instagram milik kedai kek berkenaan, rata-rata ramai yang memberikan reaksi terkejut kerana ‘cicak dan lipas’ tersebut terlihat seakan menyerupai serangga yang betul.

Malah, ada juga yang memberikan komen yang melucukan seperti mahu menghadiahkan kek-kek sebegitu kepada kawan-kawan mereka.

Kredit: Instagram/ @thesliceipoh
Kredit: Facebook / The Slice Ipoh Homebaker
Kredit: Facebook / The Slice Ipoh Homebaker
Kredit: Facebook / The Slice Ipoh Homebaker

Haa.. Hati-hati kalau korang dapat suprise birthday kek dari kawan-kawan tu atau family sekalipun. Takut-takut lain pula yang dapat!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.