fbpx
Now Reading
Dijemput Ambulans Selepas Positif Covid-19, Video Budak 5 Tahun Ucap Selamat Jalan Pada Ibu Undang Sebak Netizen [Video]

Dijemput Ambulans Selepas Positif Covid-19, Video Budak 5 Tahun Ucap Selamat Jalan Pada Ibu Undang Sebak Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 dalam negara sekali lagi di tahap membimbangkan. Lebih merisaukan jumlah penambahan kes juga sudah mencecah 3,000 orang dalam masa sehari.

Tidak kira usia, pesakit kini terdiri dari pelbagai golonongan baik warga emas, orang dewasa juga kanak-kanak.

Terbaru menerusi perkongsian di laman Twitter, TV AlHijrah telah berkongsi satu video memperlihatkan seorang anak kecil sedang berjalan seorang diri menuju ke ambulans yang difahamkan akan mengambilnya, untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19.

“Si kecil berusia 5 tahun ini disahkan positif COVID-19. Tiada simptom. Sebentar tadi dibawa ke hospital bersendirian dengan ambulans. Moga lekas sembuh dan segera discaj. Ameen. Ingat, COVID-19 tak kenal mangsa ” tulis TV Al Hijrah menerusi perkongsian sama.

Video tersebut yang difahamkan diperoleh daripada seseorang bernama Ira Hazwani nyata menarik perhatian ramai kerana kanak-kanak tersebut yang baru berumur 5 tahun bakal berjauhan dari ibunya sepanjang menjalani kuarantin.

Langsung tidak menangis dan tersenyum melambai ibunya

Malah menerusi video tersebut, sikecil yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum jelas sedang mendengar pesanan dan nasihat ibunya untuk tidak menangis dan bersedih di sana.

Dia kemudian turut berpesan supaya ibunya untuk turut sama menjaga diri sebelum dia melambai tangan dan perlahan-lahan berjalan menuju ke ambulans yang sedang menanti.

Bakal di tempatkan di HKL bersama bapanya yang sudah dirawat terlebih dahulu

Namun menurut TV Alhijrah, anak kecil tersebut bakal ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur bersama bapanya yang sebelum itu sudahpun disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di sana.

Video tersebut nyata mengundang sebak netizen apatah lagi kanak-kanak tersebut dilihat begitu tabah dan tenang meskipun usianya yang begitu muda,

Malah sikapnya yang begitu positif membuatkan orang ramai begitu terharu dan dalam masa sama turut mendoakan dia diberi kesembuhan dengan kadar segera.

Kuat semangat adik ni

Aku masa 5 tahun kena tinggal kat tadika menangis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.