fbpx

“Itu Pantai Persendirian” – Isteri Nazri Aziz Jawab Video Tular Ke Pantai Dengan Gelang Pink

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Jika anda ingat, setahun yang lalu, status sebagai seorang kontak rapat atau terpaksa menjalani kuarantin ekoran Covid-19 sudah cukup mengejutkan semua orang. Apatah lagi status anda sebagai seorang positif wabak maut tersebut.

Namun kini ia seolah sudah menjadi satu perkara yang biasa dimana orang ramai sudah mula dapat mendengar atau melihat secara langsung perkongsian pesakit Covid-19 di media sosial mengenai rutin harian mereka sepanjang menjalani kuarantin.

Antaranya adalah isteri kepada MP Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz iaitu Haflin Saiful yang telah berkongsi rutinnya sedang menjalani ‘kuarantin dirumah selepas disahkan positif Covid-19 tersebut.

“Best home quarantine ever”

Menerusi perkongsian tersebut, Haflin dilihat turut berkongsi lokasi tempat berkenaan yang dipercayai di Villa Danialla Beach Resort yang terletak di Bachok, Kelantan.

 Perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian ramai khususnya pengikut Haflin sendiri.

Meskipun ramai dilihat kagum dengan lokasinya dikuarantin dan turut mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakannya keluar dan mandi di pantai yang disifatkan melanggar SOP kuarantin.

Itu bukan rumah. itu resort

Gelang pink boleh mandi laut?

Tampil menjawab soalan orang ramai

Soalan-soalan tersebut kemudiannya membuatkan Hafilin tampil menjelaskan situasinya.

Menerusi laporan portal MalaysiaNow, Hafilin memberitahu bahawa  dia tidak melanggar kuarantin kerana pantai berkenaan adalah pantai milik persendirian.

“Ini adalah kawasan pantai persendirian, teritori saya dan di dalam kompaun saya,” katanya memetik dari MalaysiaNow.

Terdahulu suaminya, Nazri disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari 2021 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit di satu sidang media di Kuala Lumpur sekitar minggu lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.