Now Reading
Sultan Pahang Tarik Gelaran ‘Datuk’ Pelakon Farid Kamil & Boy Iman Berkuatkuasa 1 Feb

Sultan Pahang Tarik Gelaran ‘Datuk’ Pelakon Farid Kamil & Boy Iman Berkuatkuasa 1 Feb

Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang bergelar datuk yang diberikan kepada dua orang pelakon iaitu Farid Kamil dan Boy Iman berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Pembatalan anugerah DIMP terhadap Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil bin Zahari dan Boy Iman atau nama betulnya Noruliman A. Rahman, dikongsikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak merangkap Pendaftar Darjah, menerusi satu kenyataan hari ini.

Foto : Kosmo

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat atas perintah YDP Agong yang juga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah .

Difahamkan selain mereka, istana Pahang turut menarik kembali tiga lagi individu yang pernah menerima DIMP.

“Mereka adalah Wong Shee Kai@Ricky, Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” kata Salehuddin dalam kenyataan itu lagi.

Oleh itu penama kini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan mereka perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

See Also

Meskipu tiada alasan kenapa penarikan dilakukan, namun kesemua individu ini pernah didakwa atas pelbagai kesalahan antaranya jenayah, menipu dan juga kes rasuah.

Kerajaan Pahang pada 2019 telah mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri, yang antara lain menyatakan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.