fbpx
Now Reading
Tak Pernah Dapat Pujian, Pemuda Sebak Arwah Ayah Rupanya Bangga & Puji Bakatnya Mengambil Gambar Dalam Diam

Tak Pernah Dapat Pujian, Pemuda Sebak Arwah Ayah Rupanya Bangga & Puji Bakatnya Mengambil Gambar Dalam Diam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/wofieee/status/1366282564613234689

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Tidak dinafikan, mereka yang bergelar ayah selalunya sukar untuk menunjukkan atau mengeskspresikan perasaan kasih dan sayang mereka kepada anak-anak.

Berbanding si ibu yang lebih terbuka, mereka juga kerap dilihat menjaga ‘ego’ mereka dan lebih bersikap ‘tertutup’.

Namun itu tidak bermakna mereka tidak menyayangi kita sebaliknya itulah antara sifat seorang pemimpin keluarga demi menunjukkan ketegasan mereka. Malah mereka jugalah penyokong setia kita dalam apa juga perkara.

Buat seorang pengguna Twitter, Muhammad Amirul Adzim Bin Muhd Mazlan, dia sendiri tidak menyangka, minat dan bakatnya dalam mengambil gambar selama ini sering mendapat pujian ayahnya.

Namun kata-kata pujian tersebut bukanlah disampaikan secara terus kepada si anak, sebaliknya ayah Amirul memilih untuk berkongsi perasaan dan rasa bangganya terhadap si anak kepada rakan sepejabatnya.

Hanya mengetahui kisah tersebut selepas ayahnya meninggal dunia.

Lebih meruntun hati, pemuda ini hanya mengetahui semua kisah tersebut selepas pemergian arwah ayahnya pada bulan April tahun lalu akibat kanser paru paru.

“Arwah abah tak pernah ambil kisah atau puji gambar aku ambil”

Berkongsikan perkara tersebut di laman Twitter, Amirul yang juga seorang jurugambar turut menjelaskan, dia hanya mengetahui perkara tersebut secara kebetulan sewaktu dia singgah ke pejabat arwah untuk mengambil barangan miliknya disana.

“Masa tu terus jatuh air mata aku …”

“Lepas dia meninggal, masa aku nk ambil barang dkt pejabat dia, tetiba ada staff datang tegur aku dan bagitahu yang arwah selalu cerita dan puji  yang anak dia pandai ambil gambar, selalu tunjuk dan cerita gambar yang aku ambik dekat staffnya”

Masa tu memang jatuh terus air mata aku, tak dapat tahan dah depan orang.

Peristiwa tersebut nyata memberikan kesan kepadanya, memandangkan arwah abahnya jenis seorang pendiam dan kurang bercakap di belakang anak-anak.

Antara foto yang diambil jurugambar ini Foto : Amirul Adzim

Antara foto yang diambil jurugambar ini Foto : Amirul Adzim

“Siapa sangka selama ni depan aku dia diam, tak banyak cakap tapi dekat belakang dia bangga dengan aku siap cerita dekat kawan kawan. I miss you so much, dad” tulis graduan dari Universiti Kuala Lumpur yang turut berkongsi foto terakhir mereka sekeluarga.

Dilihat dari foto yang diambil pemuda ini, jelas kami sendiri memahami kenapa ianya begitu dibanggakan arwah ayahnya.

Amirul dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai yang masih mempunyai ibu dan ayah untuk menghargai mereka.

“Buat kepada anda yang masih ada ibu dan ayah ini, hargailah mereka secukup cukupnya. Luangkan masa sebanyak yang mungkin dengan mereka sebelum terlambat.

“Mungkin mereka tak tunjuk sangat yg mereka kisah atau sayang, tapi percayalah perasan tu ada dan tak pernah hilang” kata Amirul kepada Buzzkini.

Kami doakan semoga roh arwah abah Amirul dan semua ibu bapa kita yang sudah meninggal dunia dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.. Amin..

Untuk anda yang ingin mengikuti hasil bidikan Amirul boleh la ke instagram beliau di sini atau terus ke https://www.instagram.com/miruladzim/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.