fbpx
Now Reading
Niat Nak Beli iPhone, Tapi Yang Sampai Meja Kopi

Niat Nak Beli iPhone, Tapi Yang Sampai Meja Kopi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Tak tahulah sama ada nak gelak atau nak kesian dengan nasib yang menimpa seorang lelaki dari Thailand ini selepas membeli sebuah iphone namun yang diterimanya hanyalah meja kopi.

Dia difahamkan tertarik pada penjualan sebuah iphone 7 yang dijual murah secara online, namun disebabkan sikapnya yang terburu-buru, dia sebaliknya telah membeli sebuah meja kopi.

Menerusi laporan OddityCentral lelaki tersebut yang tidak dinyatakan namanya sebenarnya sudah mengesyaki ada yang tidak kena dengan pembeliannya memandangkan kos penghantaran adalah lebih dari kos pembelian telefon berkenaan.

Namun dia tidak tergerak hati untuk bertanya perkara tersebut kepada penjualnya sebaliknya meneruskan pembelian ‘gajet’ berkenaan.

Segalanya terjawab sebaik bungkusan tersebut tiba ke rumahnya. Menurut laporan media tempatan sewaktu memperoleh barangan itu, dia mendapati kotak ‘iPhone’ itu hampir sama tinggi dengannya.

Dia kemudian membuka kotak berkenaan sebelum mendapati didalamnya terdapat sebuah iPhone gergasi. Dia disaat itu baru menyedari yang dia sebenarnya telah membeli meja kopi berbentuk iPhone 7.

Menyedari hajatnya tidak kesampaian, pemuda ini bagaimanapun berpendapat bahawa dia mungkin tidak membaca keterangan produk dengan teliti sebelum melakukan pembelian.

Dia kemudian berkongsi foto berkenaan ke media sosial sehingga tular dan turut diperkatakan di seluruh dunia.

Namun sebalik kejadian tersebut sebenarnya memang terdapat banyak penjualan meja dengan rupa bentuk iphone di atas talian, malah ia cukup digemari peminat barangan Apple sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.