fbpx
Now Reading
Pelakon Veteran, Noryati Taib Atau Mak Petir Meninggal Dunia

Pelakon Veteran, Noryati Taib Atau Mak Petir Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pelakon veteran yang terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Noryati Taib telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.45 pagi semalam.

Berita duka tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui posting di akaun sosial Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi. Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” ujar Faizul Hafiz.

Sementara itu, berita pemergian Noryati turut dikongsikan oleh anak saudara Allahyarham, penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, menerusi posting di akaun Instagramnya.

View this post on Instagram

Difahamkan sebelum ini, Noryati pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2017 kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Allahyarham yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik itu terkenal dengan panggilan Mak Cik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.