fbpx
Now Reading
Gadis Sedih Tengok Ayah Termenung Tiada Pelanggan, Netizen Support & Penuhkan Kedai Makan

Gadis Sedih Tengok Ayah Termenung Tiada Pelanggan, Netizen Support & Penuhkan Kedai Makan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ujian hidup kadang kala memang tak dapat disangka. Ianya memang merisaukan terutamanya jika boleh memberi impak kepada kehidupan seharian kita.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang gadis meluahkan rasa bimbang melihat keadaan restoran bapanya yang tidak mendapat sebarang kunjungan.

Luahan tersebut telah dikongsi menerusi satu ciapan di Twitter sehingga ianya mendapat perhatian netizen dan diulang kicau lebih 20 ribu kali.

Menurut gadis itu, Yzmeen Saniah Zainuddin, bapanya telah mengusahakan restoran itu sejak Ogos tahun lalu bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Menerusi laporan Mstar, restoran tersebut yang difahamkan sepatutnya beroperasi dari jam 5 petang sehingga 10 malam kurang mendapat sambutan di bulan Ramadan.

Foto: Twitter Yzmeen

“Pada minggu pertama puasa, kedai makan ayah tak ada sangat pelanggan datang. Kalau ada pun cuma seorang atau dua orang datang untuk berbuka puasa.

“Dalam tempoh seminggu itu juga, selama dua hari langsung tak ada pelanggan. Bayangkanlah kedai sunyi je dari pukul 5 petang hingga 10 malam.”

Tetapi gadis berusia 20 tahun itu tidak pasti punca kedai itu tidak mendapat sambutan walaupun hebahan mengenai operasi di bulan Ramadan telah dibuat lebih awal melalui iklan berbayar di Facebook dan edaran ‘flyers’.

Lebih membimbangkan apabila ayahnya yang berusia 52 tahun itu lebih memilih untuk memendam kesedihan di rumah mahupun di kedai.

Foto: Mstar

“Suatu hari, ayah termenung dan tanya saya ‘Macam mana ni?’. Jadi malam tu saya luahkan apa yang berlaku di Twitter dengan harapan ada yang ambil perhatian.”

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan itu tidak sangka ciapan itu tular semalaman dan mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Foto: Twitter Yzmeen

Tambahnya lagi, ramai yang tampil membuat tempahan untuk berbuka puasa. Malahan, slot berbuka puasa juga penuh selama beberapa hari selepas ciapan itu dikongsi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.