Dah Macam Ahli Mesyuarat Tingkap, Dua Gadis ‘Lawan’ Siapa Lagi Awal Kemas Rumah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menjelangnya hari raya, perkara yang biasa dilakukan adalah menyediakan juadah raya seperti ketupat, rendang dan lemang, membuat kuih raya dan juga mengemas rumah. Kalau tak melakukan rutin ini memang perasaan berhari raya tu macam tak ‘ngam’ lah orang katakan.
Tambah pula sebab selalunya tetamu akan datang ke rumah jadi mestilah kita nak pastikan mereka rasa selesa dan seronok. Walaupun situasi sekarang dah berbeza di mana semua rakyat Malaysia dilarang berkunjung rumah ke rumah untuk sambutan Aidilfitri, tetapi kebiasaan ini masih dipraktikkan.
Seperti yang tular baru-baru ini, dua orang gadis telah ‘berbalah’ melalui tingkap rumah masing-masing sebab berlawan kemas rumah.
Jiran-jiran bila nak dekat raya be ‘like’
Melalui perkongsian gadis itu sendiri di, Linda Said di akaun TikToknya @wanitabermisai, mereka sedang mengemas rumah untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Tetapi yang kelakarnya, semasa jirannya mengelap tingkap, mereka berdua berlawan-lawan cakap sebab tak puas hati selalu mengemas rumah secara serentak.
@wanitabermisai Bodo. Cepat le raye, aku dah tak larat nak lawan kemas guma dgn jiran sebelah ##fyp ##tiktokmalaysia
♬ original sound – Linda Said
Tak habis di situ, mereka siap berlawanan ibu siapakah yang lebih awal menyediakan ketupat sebelum perbalahan itu terhenti dengan nyanyian lagu raya daripada kedua-duanya.
Menurut kapsyen yang ditulis gadis dikenali sebagai Linda Said itu, dia berharap agar hari raya cepat tiba sebab dah tak tahan berlawan kemas rumah dengan jiran sebelahnya dengan nada berseloroh.
Malah dia turut berkongsi satu lagi video mengenai ‘perseteruan’ mereka di akaun yang sama
Aku mendahului jiran aku gais
@wanitabermisai Baru beli rak gais, tolong jangan bagi tahu jiran sebelah. Kalau tak, aku tak tahu nak beli ape lagi dah ##fyp ##tiktokmalaysia
♬ original sound – Linda Said
Tak bosan kalau dapat jiran macam ni
Perkongsian-perkongsian yang mendapat hampir 1 juta kali tontonan itu telah mengundang dekah netizen. Ada juga yang berpendapat memang tak akan bosan kalau dapat jiran seperti ini.