Tak Boleh ‘Move On’, Wanita Ini Balas Dendam Pada Bekas Kekasih Dengan Foto Perkahwinan Palsu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam fasa bercinta, selalunya memang akan melalui liku-liku seperti tiada persefahaman, percintaan jarak jauh dan sebagainya. Ada yang dapat ‘survive’ dalam jangka masa yang lama, ada juga yang terputus di tengah jalan.
Malahan, pasangan yang dah ‘break up’ ni biasanya kalau nak ‘move on’ memang paling susah lah kan? Kalau setakat nak bagi nasihat kepada seseorang untuk melupakan pasangan tu memang petik jari je, tapi nak buat tu tak semudah yang digambarkan.
Situasi ini sama seperti seorang wanita, Sarah Vilard yang hendak membalas dendam kepada bekas kekasihnya dengan memalsukan perkahwinan sendiri.
Teringat sewaktu memalsukan perkahwinan sendiri
Menerusi video yang dikongsinya sendiri di TikTok @sarahvilard, dia telah melakukan ‘throwback’ foto perkahwinannya bersama suami yang sememangnya palsu.
@sarahvilard Yup I’m crazy
♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque
Dia juga membeli baju kahwin dan mengupah jurugambar profesional untuk meyakinkan bekas kekasihnya.
“Teringat sewaktu saya pura-pura berkahwin dengan menjalankan sesi bergambar untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih.”
Video tersebut telah mendapat 1.1 juta kali tontonan dan kebanyakannya kagum dengan ‘komitmen’ padu wanita itu. Malahan ada juga yang berpendapat foto perkahwinannya itu memang nampak ‘real’.