fbpx

Tak Hiraukan Keselamatan Semata-Mata ‘OOTD’, Pemandu Kereta Api Tegur Penceroboh Landasan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan trend merakam gambar sendiri ‘outif of the day’ (OOTD) sudah menjadi kegilaan ramai anak muda di Malaysia.

Justeru dalam menghasilkan shot terbaik, ramai yang sanggup mencari kawasan yang cantik atau unik demi kepuasan bergambar. Namun disebabkan trend ini, ada yang sanggup membahayakan nyawa mereka dengan bergambar di lokasi-lokasi yang tidak berapa sesuai dan kurang selamat antaranya di landasan keretapi.

Meskipun hasilnya diakui agak mengagumkan namun apalah sangat dibandingkan dengan nyawa anda yang terancam bukan? Ramai yang seolah-olah tidak tahu atau dengan sengaja buat tak tahu dengan sengaja mencuri masuk ke kawasan landasan.

Kesal dengan individu ambil OOTD di landasan

Tidak gemar dengan perkara sebegini, seorang pemandu keretapi kemudiannya meluahkan rasa kesalnya dengan individu-individu tersebut yang dilihat sengaja mengundang padah dengan mengambil gambar mereka di kawasan semata-mata untuk sekeping gambar ‘OOTD’.

@bestbro72

tlg lah jgn main tepi trek klau syg nyawa tu, tpi kalau hari hari camni tgk gaya tak lama lgi ad lah tu kena langgar ##fyp

♬ bunyi asal – AIMAN BETA [BESTBRO]

Menerusi video yang dikongsinya sendiri di TikTok @bestbro72, dia merakam situasi yang perlu dia hadapi hampir setiap hari sewaktu memandu keretapi di Jambatan Guillemard terletak di Tanah Merah, Kelantan.

Jelas kelihatan beberapa orang berdiri di bahagian tepi landasan untuk memberi laluan kepada keretapi itu setelah hon dibunyikan.

Pemandu yang takut, mereka relaks je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan sikap individu dalam video tersebut yang langsung tidak ada rasa gerun. Ada juga yang tersalah anggap landasan itu memang tempat bergambar kerana ramai telah ber-ootd di situ.

Kadang-kadang ada yang degil

Ingatkan tempat bergambar

Walaupun suatu kawasan itu cantik untuk dijadikan ‘port’ bergambar, tetapi keselamatan diri sendiri adalah paling penting. Malahan kalau didapati bersalah menceroboh kawasan larangan, berkemungkinan dakwaan di mahkamah akan dikenakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.