fbpx
Now Reading
Terlalu Rancak Menari Sambil Memandu, Akhirnya Kereta Masuk Dalam Air [Video]

Terlalu Rancak Menari Sambil Memandu, Akhirnya Kereta Masuk Dalam Air [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, niat untuk menari di dalam kereta untuk berhibur dan bergembira dengan rakan akhirnya berakhir dengan peristiwa melucukan.

Joget rancak dalam kereta

Menerusi video yang viral di Instagram baru-baru ini menunjukkan dua orang lelaki sedang asyik berjoget dengan sangat rancak di dalam kereta.

Melalui video yang dimuat naik oleh akaun bernama @sahabatsurga itu, kelihatan dua orang lelaki berada di dalam kereta sambil menari mendengar lagu di radio.

Seronok berjoget hingga terbabas

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila video itu turut memaparkan keadaan di mana mereka telah mengalami situasi melucukan.

Rupa-rupanya, kereta yang dinaiki oleh mereka telah terbabas sehingga terjatuh ke dalam air akibat terlalu rancak berjoget semasa memandu.

Namun begitu, nasib mereka agak baik kerana dapat diselamatkan oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

Semoga jadi pengajaran

Foto: IG

Malah, mereka juga sempat menasihatkan orang lain agar jangan terlalu melakukan perkara melalaikan sehingga cuai ketika memandu.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen juga terhibur melihat video lelaki tersebut.

Bahkan juga, ada segelintir netizen yang menasihatinya supaya lebih berhati-hati agar tidak membahayakan diri dan orang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan yang mendapat perhatian netizen itu telah meraih 278K views, 31K  likes dan 1.1K comments di Instagram.

“Nasib baik tidak bahayakan orang lain”

“Muka-muka “on the way” kena marah mak bapak”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.