fbpx
Now Reading
Dapat Makanan Salah Punya Hal, Lelaki Mengamuk Sampai Tolak Mesin Juruwang

Dapat Makanan Salah Punya Hal, Lelaki Mengamuk Sampai Tolak Mesin Juruwang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular semalam di media sosial seorang lelaki yang berang dan mengamuk pada seorang pekerja restoran makanan segera di Ampang.

Menerusi sebuah rakaman CCTV yang dikongsi, lelaki itu bertindak memarahi pekerja itu dan menolak mesin juruwang di atas kaunter sehingga jatuh ke lantai.

Difahamkan kejadian itu terjadi kerana pekerja itu telah tersilap menyediakan pesanan burgernya.

Terdapat sumber yang mendakwa pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pengurus restoran pada pukul 4.30 petang kelmarin, seperti dipetik Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata ia berlaku pada jam 12.15 tengahari sewaktu seorang pelanggan datang ke kaunter untuk membuat pesanan.

“Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

“Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian.”

Pengadu bagaimanapun menurutnya tidak bercadang untuk meneruskan kes berkenaan.

Dua kali buat order salah

Perkongsian klip CCTV yang tular itu mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan kasar pelanggan itu namun ada yang mendakwa kesilapan menyediakan pesanan tersebut sebenarnya telah dibuat sebanyak dua kali sekaligus mencetus kemarahannya.

Jangan pertikai siapa salah

Pernah bergaduh dengan pelanggan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.