Kes Positif Semakin Meningkat, Video Frontliner Terbaring Kepenatan Buat Ramai Sebak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita tahu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia saban hari semakin meningkat.
Kes cecah enam ribu
Bukan itu sahaja, kes positif semalam juga sudah mencecah angka enam ribu dan telah merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 59 kematian.
Justeru, situasi ini menimbulkan kerisauan orang ramai terutamanya daripada golongan barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja tanpa rehat yang cukup demi berjuang melawan penularan Covid-19.
Kepenatan sampai terbaring
Menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh lelaki yang bernama Faizal Hamed, ia menunjukkan situasi para petugas barisan hadapan kepenatan sehingga terbaring di lantai.
Dalam video tersebut juga, kesemua frontliner berkenaan masih lengkap memakai sut PPE. Mereka kelihatan tidak bermaya dan tidur dalam keadaan yang sangat penat akibat keletihan melampau.
Tahan panas pakai PPE
Malah, mereka bukan sahaja keletihan tetapi terpasa menahan panas kerana memakai sut PPE itu sepanjang masa bekerja.
@faizal_hamed 😭##covid19 ##fyp ##malaysia ##staysafe
♬ колыбельная – Rauf & Faik
Susulan itu, ramai di ruangan komen yang meluahkan perasaan sebak dan simpati terhadap petugas barisan hadapan.
Netizen mendoakan para petugas
Majoriti netizen meninggalkan komen-komen sedih dan mendoakan para petugas akan diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas mereka.
Bahkan juga, ada yang turut memberi pendapat agar lebih banyak video seperti ini disiarkan dan disebarkan kepada umum agar dapat meningkatkan kesedaran ramai tentang bahayanya wabak ini.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 330.8K views, 29.8K likes dan 2.4K shares di aplikasi TikTok.