fbpx
Now Reading
Hangat Isu Nahas LRT Kelana Jaya, Peguam Ini Kongsikan Hak-Hak Penumpang Terlibat & Perjelaskan Isu Bantuan RM1,000

Hangat Isu Nahas LRT Kelana Jaya, Peguam Ini Kongsikan Hak-Hak Penumpang Terlibat & Perjelaskan Isu Bantuan RM1,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam telah berlakunya insiden kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang menyebabkan 47 parah manakala 166 lagi cedera ringan.

Kemalangan tersebut yang berlaku di terowong berhampiran Stesen KLCC di LRT aliran Kelana Jaya tersebut membabitkan sebuah tren tanpa pemandu (automatik) dari Gombak dengan penumpang seramai 213 penumpang  dan sebuah tren kosong berpemandu dari arah Kelana Jaya.

Adakah mereka layak membuat tuntutan ?

Persoalan yang timbul untuk para penumpang terlibat, apakah hak mereka sebagai pengguna? Adakah mereka layak untuk memfailkan sama atau tuntutan ?

Jangan risau semua soalan ini sudah pun ada jawapannya, selepas peguam, Mufarwa Farid berkongsi mengenainya sejurus insiden berkenaan berlaku, malam tadi

Jom kita sama-sama ikuti perkongsian Q&A yang dilakukan beliau :

#1 Boleh ke penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?

Ya, boleh sangat

#2 Apakah yang boleh mangsa kemalangan penumpang LRT saman?

– Ganti rugi yuran perubatan
– Ganti rugi kesakitan
– Ganti rugi kecederaan emosi
– Ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini… Dan lain-lain.

Foto : Awani

#3 Berapa jumlah yang mungkin boleh mereka dapatkan?

Ianya sukar untuk di agak. Jika nak letakkan harga rasanya dalam RM5k-RM50k. Ia mungkin kurang dan mungkin lebih. Ini kerana semua ini bergantung pada keseriusan dan tahap kecederaan selain nilai kehilangan.

#4 Setiap penumpang perlu dapatkan khidmat peguam?

Ya. Sebaiknya cari peguam yang pakar dalam hal membabitkan saman-saman sivil sebegini. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ni, ada yang tidak. Pilih peguam yang trusted.

Malah, jika para penumpang nak gunakan gunakan satu peguam yang sama juga boleh. Saman secara kolektif dan yuran guamannya bolehlah dibincang bersama.

Foto : Malaymail

#5 Bila boleh saman?

Secepat mungkin pun boleh. Sebaiknya disarankan memfailk saman selepas dapat laporan perubatan. Bagi elok dulu luka-luka tu, baru fikir pasal hal saman menyaman ni.

#6 Jika sudah mempunyai insurans, boleh lagi ke saman?

Insurans adalah insurans manakala saman adalah saman. Ia adalah dua perkara berbeza dan kita mempunyai hak untuk mendapatkan kedua-duanya.

#7 Jika ada yang maut, apakah proses yang perlu dibuat?

Difahamkan tiada yang terkorban dalam kes ni. Tapi sekiranya ada, ahli keluarga akan memfailkan saman.


Prasarana hulur bantuan RM 1,000 kepada 213 penumpang terlibat

Terbaru pagi tadi, Pemilik aset dan pengendali perhidmatan pengangkutan LRT, Prasarana Berhad menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman  mengumumkan akan menghulurkan bantuan RM 1,000 kepada 213 penumpang terlibat selain menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa yang terbabit.

Malah mangsa yang akan kehilangan kerja ekoran insiden berkenaan juga akan diberikan bantuan kewangan sewajarnya.

Jumlah bantuan kurang disenangi segelintir netizen

Pengumuman tersebut bagaimanapun kurang disenangi segelintir netizen yang berpendapat ianya dilihat tidak mencukupi dan ia hanya sekadar bantuan dan bukanlah ganti rugi kerana insiden tersebut melibatkan nyawa orang ramai.

Malah ramai berpendapat ianya juga perlukan penelitian yang khusus memandangkan setiap penumpang mempunyai tahap kecederaan yang berbeza.

“RM1K bukan pampasan tapi hanyalah bantuan khas”

Enngan orang ramai salah faham, Mufarwa sekali lagi tampi memperjelaskan isu sumbangan RM 1,000.

Jelasnya bantuan RM1,000 yang diberikan hanyalah bantuan khas atau dalam bahasa mudahya sagu hati kepada penumpang dan mereka (LRT) sebenrnya tidak diwajibkan memberinya.

Sebaliknya pihak LRT perlu bertanggungjawab untuk memberikan ganti rugi atau pampasan kepada penumpang yang dan biasanya akan dilakan selepas siasatan selesai.

” RM1000 yang diberikan kepada penumpang LRT tu hanyalah bantuan khas.Bantuan khas ni saguhati dan budi bicara pihak LRT/Prasarana nak beri kepada penumpang.

“Mereka tak bertanggungjawab pun bagi bantuan khas macam ni, tapi diorang tetap nak bagi RM1k. Walaupun diorang tak bertanggungjawab bagi bantuan khas, diorang tetap bertanggungjawab untuk beri pampasan atau ganti rugi.

“Pampasan diberikan secara lumpsum. Biasanya pampasan diberikan selepas siasatan menyeluruh selesai dilakukan.

Pilih tunggu pampasan atau failkan saman

Mengulas lebih lanjut, Mufarwa menjelaskan mangsa mempunyai dua pilihan sama ada memilih untuk menerima pampasan yang akan diberikan kelak atau memilih untuk memfailkan saman. Namun setiap pilihan bergantung pada keadannnya dimana setiapnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

“Dan… Siapa yang bersetuju untuk ambil pampasan, dah tak boleh meneruskan saman.Siapa nak saman, jangan lah ambil pampasan. Pergilah saman. Tapi.. Ada risikonya..

“Risikonya adalah, jumlah kemenangan saman kita tu boleh jadi kurang berbanding pampasan.Contohnya, pampasan yang ditawarkan RM20k. Kita tolak. Lepas tu kita pun saman. Turun naik mahkamah semua, Mahkamah perintahkan LRT bayar RM25k kepada kita.

“Tolak duit guaman, tolak kos pergi balik mahkamah, duit pemfailan mahkamah, dan lain-lain lagi, Silap-silap tinggal RM8k sahaja sebagai contoh.

“Namun ada je jumlah saman lebih banyak berbanding jumlah pampasan. Ia bergantung kepada nilai kecederaan dan kehilangan yang kita alami.

Sebelum terima tawaran pampasan, bincang dengan peguam

Oleh itu cara terbaik menurutnya adalah berbincang dengan peguam terlebih dahulu sebelum menerima tawaran pampasan.

“Tu sebab, sebelum terima tawaran pampasan, bincang dengan peguam dulu.Pergi mana-mana firma guaman, minta nasihat. Selalunya kena bayar RM100 sekali consult.Tanya lawyer tu, sama ada nak ambil pampasan atau nak saman?

“Kalau lawyer kata saman boleh dapat lebih daripada pampasan, maka samanlah. Tapi kalau lawyer kata pampasan tu lebih berbaloi, maka ambillah pampasan” katanya lagi.

Namun disebalik titip titip nasihat itu, peguam ini turut berpesan kepada orang ramai untuk mendapatkan peguam yang betul-betul dipercayai dan berkelayakan. Ini kerana mereka yang mempunyai reputasi adalah profesional dan tidak mengambil kesempatan.

“Soal kalau lawyer tu menipu ke apa, bukan urusan saya.Yang saya boleh nasihatkan adalah, carilah lawyer yang trusted, contohnya lawyer yang pernah handle banyak kes-kes sivil macam ni.

“Ramai lawyer yang saya kenal, dia professional dan bukan jenis ambil kesempatan. Kalau perlu saman, dia akan cakap perlu. Kalau tak perlu, dia akan cakap tak perlu. Dalam kes ni, disebabkan kes masih dalam siasatan, kita tak boleh cakap lagi berapa nilai sebenar ganti rugi yang perlu pihak LRT bayar kepada penumpang yang tercedera” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.