fbpx
Now Reading
Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital, Siap Keluar Beli Belah Dengan Bakal Tunang

Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital, Siap Keluar Beli Belah Dengan Bakal Tunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes Covid-19 di negara kita sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan. 6,000 kes pada setiap hari secara berturut-turut sepatutnya sudah menjadi pembuka mata kepada rakyat Malaysia bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti sekiranya tidak melakukan kuarantin kendiri.

Paling membimbangkan, ada juga pesakit Covid-19 yang menyaksikan sendiri ajal di depan mata sewaktu dalam tempoh kuarantin di MAEPS, Serdang sehingga menyebabkan trauma.

Namun begitu, masih ada yang berdegil dan mementingkan diri sendiri berkemungkinan lebih memilih untuk hidup dengan bebas di luar.

Pesakit positif Covid-19 larikan diri dari hospital

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang lelaki yang melarikan diri dari hospital walaupun telah disahkan positif Covid-19.

Kisah ini dikongsikan oleh Encik Faizul Azim, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang Selangor di Facebooknya.

Pesakit berusia 24 tahun itu bukan setakat melarikan diri dari hospital sahaja, malahan siap keluar membeli belah dengan bakal tunangnya.

Encik Faizul, pihak polis dan inspektor kesihatan telah pergi ke rumahnya tetapi lelaki itu tidak ada di rumah. Pesakit itu dipercayai telah keluar dan memberitahu ibunya dia dibenarkan discaj dari hospital kerana keputusan ujian Covid-19 adalah negatif.

Ditangkap di hadapan restoran makanan segera

Dia kemudian ditangkap di hadapan sebuah restoran makanan segera di Kajang, Selangor. Video penangkapan lelaki itu telah dikongsi oleh orang awam di TikTok @anesva2.

@anesva2

##kfc ##covid ##becareful al##viral2021viralvideo🔥😘🔥 ##kitajagakita😉 ##besafe

♬ original sound – 🔥🔥🔥puvanesvary02🔥🔥🔥

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.